BACA, FAHAMI, RENUNG DAN
AMALKAN
Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to
ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang
jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak
melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan
yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang
berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu
hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak
menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan
aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that
ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang
melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat
dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan
berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun
tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya
ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu
adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye
kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang
lelaki playboy….?”
Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana
ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah
lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang
perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur
gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya
perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan
dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang
baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan
wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan
sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk
suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui
perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita
membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan
cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah
bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang
sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz
pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada
diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak
seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia
itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira
dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung
menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu
dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita
diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah
saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak
menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka
mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang
mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak
bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong
orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang
dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu
riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah
swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita
lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut
lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita
hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa
orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka
aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu
dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa
mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena
memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia
akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama
tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka
disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai
agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang
menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh
buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi
benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan
persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana
jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup
sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life
as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah
benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah
umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan
Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak
nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke
tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz
ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya
tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah
saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga
ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru
ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya
bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati
perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari
perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima
kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan
dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan
berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!
No comments:
Post a Comment
شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...