Saturday, December 29, 2012

SOLEHAH KE??

Assalamualaikum.. sihat tak semua??

Ok kali ni nak merungkai satu isu la kan..
kisah sorang artis lelaki ni.. dia kata,


"blablabla.. Miss F menepati ciri solehah yg ibu saya mahukan kerana dia bertudung..blablala.."

tu la yang dia kata..

Ok.. Let's check it ya..

Solehah tu terletak kpd tudung seseorang tu ke???

tu yg sy confused kejap..
dia nak cari isteri yg bertudung atau yg solehah ni??

Ok.. cuba fikir kan ye..

solehah ke kalau pakai tudung tapi menyanyi dan pegang lelaki yang bukan muhrim sana sini??
solehah ke kalau pakai tudung tapi berpakaian membalut aurat dan mekap tebal seinci macam opera cina??
dan.. solehah ke kalau pakai tudung tapi tak melabuhkan hijabnya ke dada??

then.. sambil tengah fikirkan isu solehah tu..
tiba-tiba..
satu siaran radio ni,(sebelum masuk waktu maghrib) dia mengupas isu isteri solehah dan bila sy dengar kupasannya dan fikirkan balik kan..


Yeap!!! That's the answer to my question..

Dia bagi satu fakta yg semua tak boleh mempertikaikan.


".... Maka perempuan-perempuan yg soleh itu adalah  mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah Menjaga mereka......"
[Surah An-Nisa' : ayat 34]



dan dalam satu hadis telah digariskan panduan memilih isteri,
iaitu...


"Wanita yg menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yg mentaatinya ketika disuruh dan
wanita yg tidak mengkhianatinya (tidak curang). Dan wanita yg tidak mengkhianati hartanya kepada perkara yg dibenci"
[Hadis Riwayat Abu Daud & Nasai'i]



dan solehah itu tak semestinya pada zahirnya sahaja..
ia juga terletak di dalam diri seorang wanita..

Kalau istilah solehah tu sama dengan bertudung... maknanya, ramai la yg solehah kan.. tapi hakikatnya telanjang..

Dan solehah / soleh tu juga dapat dirungkai dalam firman Allah SWT yg bermaksud,


"Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah orang-orang yang soleh"
[Surah Al-Imran : ayat 114]



So, kalau aurat tak tutup (tapi dibalut), masih dikategorikan sebagai solehah ke?
Masih dikira beriman kepada Allah ke?

Ingat ni dan tanamkan dalam kepala dan hati. Bertudung tak sama dengan solehah.. Dan wanita solehah itu akan menutup auratnya dengan cara yg paling diredhai Allah..

So, never ever 'matching' kan solehah tu dengan wanita yg bertudung.

Tepuk dahi, tanya akal dan hati...

Dalam mencari yg solehah tu, why not prepare diri menjadi yg soleh juga kan?
Dan dalam masa yg sama, lihat sekeliling kita..
Tak payah tengok jauh-jauh.. Tengok je family kita..

Macam mana pergaulan mereka.. Macam mana aurat mereka..

Kalau kita nak memimpin dan dipimpin, kita mesti mulakan dengan diri kita dan mereka yg terdekat dulu.. Then, baru la kepada mereka-mereka yg lain..


Tu je la kot..
By the way, yg baik tu datangnya daripada Allah..
Dan yg buruk tu datangnya daripada diri sy yg lemah ni..
Wallahualam..

안녕히 가세요... Adios.. Wassalam


Monday, December 24, 2012

WEDDING DAY

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. bertemu kembali dlm warkah berlagu cinta... *wahh*
hehe.. ok for dis moment.. juz wanna talk about wedding..

sb nye.. baru2 ni sy juz bertandang ke majlis salah sorang member silat dan merangkap tenaga pengajar silat cekak Hanafi kami di sini..

Kenduri sape?? kenduri kawin Abg Ryzal & Kak Bayah..
well.. the wedding was held early in melaka and in KK was last 23th December 2012..
Tempatnya dibuat @ Wisma Pertanian, Kota Kinabalu..


bila tengok majlis org kawin ni kn.. tbe2 rasa mcm, "wah.. bez nye kawin"
hahhaa.. tah pape la fikir kan..
tp yang kurang bez, bila ada yg tanya..
"ko bila plak..?" or "nnt nk majlis cm mana" or "mest ko punye nnt hijau kan"
haa.. mcm tu la.. nk menjawab pun malas.. jd.. Silence is the best answer.. btul tak?
tapi syesly.. bila kita kawin.. kita dh melengkapkn separuh iman kita..
Jadi jgn risau klu belum bertemu jodoh skrg,,
sb nye.. jodoh tu ada je.. cuma blum tiba masa yg sesuai utk bertemu dgn si dia.. btul tak..?

Kami dtg ni dgn rombongan skuad demo UMS.. haha.. amacam gempak tak?
Kenduri kawin siap dgn skuad demo lagi.. mmg grand la majlis nye,,
dan cantik sgt kaler nye..serba putih.. *sweeet*

memang cantik la tempat weddingnya..
mcm ala-ala floral day la jugak..
haa.. yg bez nye lagi.. makanan nye la..
sb ape?? ada kambing bakar.. but.. sy tak mkn kambing..
member2 yg makan..
diorang rasa bersalah mkn dpn sy.. tp sy tak kisah pun.. hehe
sb takde rasa nk makan pun kambing tu.. hehe
ok.. jap.. some of the snap ada jugak..



Kereta pengantin *smart lerr plak*

Pelamin buat sang Adam & Hawa

Pengantin (Waktu berjalan masuk)

Skuad Demo
Sesi Makan Bersuap

sweet kan.. hehe..
hope all of u gonna enjoy reading dis..
Dan sesapa yg berkahwin atau bakal berkahwin
"Semoga Hubungan Yg Dibina bakal berkekalan sehingga ke Jannatul Firdaus"
Insyaallah.. aamiinn

Sayang Selasih di Bukit Dulang.
Dipetik sedulang Laut Sebandi,
Terima kasih berulang-ulang,
Kerana sudi membaca post ini..

(haha.. alter sikit pantun kawin nye)



Monday, November 19, 2012

ISTIKHARAH CINTA


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

“Sudikah awak jadi yg halal buat saya ** ***??
Bila ckop tempoh dijnjikan”


"Jika ada rindu antara kita bertakhta, biarlah dlm redha-Nya"



Sunday, November 4, 2012

HEALTH DAY @ SK KABAJANG

Assalamualaikum.. Sihat ke semua..
Maaf.. lama tak singgah ke sini..
Kadang-kadang terlupa.. kadang-kadang singgah utk jenguk inbox tp tak update post..
Maaf semua :)

Baru-baru ni.. 28 OKTOBER 2012..
sy ada buat health screening / medical checkup utk penduduk kampung di area Beaufort.

Disebabkan cuaca yg tak mengizinkan, tempat tu jadi lecak sikit sb hujan yg lebat di area sini..
8 Org yg ada dlm team ni.. semua bukan lah expert belaka cuma kami boleh dikatakan 'good' in clinical skills.. hehe..

actually kami bertolak 27 Okt.. but the program is on 28 Okt..
So, masa hari kejadian di Sekolah Kebangsaan Kabajang, Beaufort..
Kami setup tempat..

Alhamdulillah.. Sambutan yg amat menggalakkan drpd org kampung..
Yg paling best time ada yg 1 family dtg utk checkup..
Family ni ada anak kecik (budak-budak) 3 org.. yg abang nye umur dlm 12 tahun, yg 2nd umur 10 tahun then yg last skali dlm 6 tahun.. gigi tak cukup tapi comel :)
time nk buat BMI (Body Mass Index) utk budak-budak ni..
Sy suruh diorang beratur then panggil nama sorang-sorang.. dh mcm klinik.. haha

Lpas dh ukur.. adik dia yg last skali dtg kt sy..
"Doktor.. ubat ni boleh makan skrg ka"
haha.. bila plak sy jd doktor ni..
"Oo.. boleh.. tp kna 1 saja sehari.. baru kuat.. ok?"
haha.. actually itu vitamin C.. yg kami dh packed..
lpas je budak-budak ni dpt vitamin.. diorang panggil kawan-kawan diorang
sb diorang kata kt kawan yg diorang dpt ubat drpd doktor..

rasa cm nk ketawa sgt2 time tu.. tapi tak boleh nk ketawa sgt sb orang kampung yg datang utk health screening makin ramai smpai pukul 3pm

then kami balik hotel (Jasaria Hotel) dan balik ke kampus jam 5pm..
On the way nk balik hostel.. kami main game 'warewolf' sgt best.. mcm main 'Polis Pencuri'
haha.. thanx to narrator.. sb dia yg buat kitorang rasa nk main game ni lagi dan lagi.. haha.. sgt fun.. walaupun saya rasa loya-loya dan dh pening-pening dlm van tu.. tapi.. sy rasa best dan sgt fun..

Harap coretan kali ni.. dpt la mengisi masa lapang yg sedang membaca ni.. :)

Dan semoga berjaya kpd Pelajar Tingkatan 5 yg bakal menduduki SPM tahun ni..
Jia you


Time Health Screening..
Lpas drpd program.. Budak-budak ni memang suka snap pic

Tempat penginapan






Sunday, September 2, 2012

HENSEM KE

السلام عليكم

Baiklah.. rasa nye.. macam dh lama tak mewarkahkan kata-kata cinta sy di blog ni... Cam bersawang pun ada...
Okeh.. hari ni.. sy nk share pasal hensem.. kacak...
Baru-baru ni... Time pegi beraya... terlihat pemuda-pemuda kacak dan hensem pegi beraya...Tapi yg tak sedap dipandang apabila leka beraya... Solat fardhu ditinggalkan... Batas pergaulan lelaki dan wanita tidak diendahkan


Memanglah hensem dan kacak ni aset dan bonus utk diri kita...

TAPI

Apalah gunanye hensem dan kacak jika solat Jumaat ditinggalkan...
Apalah gunanye hensem dan kacak jika solat 5 waktu sengaja ditinggalkan..
Apalah gunanye hensem dan kacak jika takde kalamullah yg lekat di ingatan...
Apalah gunanye hensem dan kacak jika hanya mampu menabur janji palsu dan tidak pernah melakar bacaan-bacaan Al-Quran..

Apalah gunanye hensem dan kacak jika tak memburu keredhaan Illahi...
Apalah gunanye hensem dan kacak jika hati penuh dengan sifat takbur dan riak..
Apalah gunanye hensem dan kacak jika tak punya kehormatan
Apalah gunanye hensem dan kacak jika matanya masih meliar dan tak mampu tundukkan pandangan
Apalah gunanye hensem dan kacak jika tak mampu handle nafsunya

Apalah gunanye hensem dan kacak jika hanya untuk tonjolkan pesona dan memikat wanita
Apalah gunanye hensem dan kacak jika enggan mematuhi suruhan Allah dan malah bangga dengan dosa-dosa
Apalah gunanye hensem dan kacak jika akhirnya nanti mendapat siksa di neraka

Ke'handsome'an dan ke'kacak'an tadi takkan bermakna apa-apa jika ia tak dapat menjamin utk ke syurga... Dan ke'handsome'an tadi akan hilang dan lenyap di mamah usia sebegitu jek...
Dan ke'handsome.an ini tadi takkan menjamin kita utk meletakkan diri kita di sisi Allah dan Rasulullah SAW

Cuba kita lihat Bilal bin Rabbah dengan kulitnya yg hitam, lihat pula Amr bin Jamuh dgn kakinya yg pincang, dan lihat sejenak kpd Abdullah bin Ummi Maktum dgn cacat penglihatan...
Mereka ini SANGAT mulia di sisi Allah... dan Rasulullah SAW mengakui keutamaan mereka dan mereka ini diakui dan di sanjungi bukan kerana hensem dan kacak mereka...
Tapi... Semuanya sb kesetiaan pada lafaz syahadah yg diucap, kepatuhan pada syariat yg telah ditetapkan dan melaksanakan kewajipan tanpa keengganan, dan ketaqwaan yg sentiasa mekar di hati mereka..

Wahai manusia yg bangga dengan kekacakan mu..
Wahai manusia yg sibuk dgn penampilan jasad mu..

Wahai manusia yg terlena dengan pandangan dan pujian manusia..

Cepat-cepat lah kita menuju puncak redha Illahi... Bukan redha manusia yg kita cari...
Dunia ni hanya lah sementara... melainkan kehidupan di akhirat itu yg akan kekal abadi selamanya...

Renung-renungkan dan semoga dpt muhasabah diri...

Wallahualam...








Saturday, August 25, 2012

SALAM LEBARAN


Assalamualaikum.. Salam aidilfitri sy ucapkan kpd semua…
Alhamdulillah.. sudah sebulan kita berpuasa.. kita berpeluang utk menyambut lebaran kali ni..
Tp adakah mungkin ini Syawal kita yg terakhir dan Ramadhan sebelum ni adalah yg terakhir utk kita??

Okeh.. utk Syawal kali ni… admin balik ke Kedah… Alhamdulillah… Opah sihat… kambing pun sihat..
Hurm.. tapi yg tak berapa suka didengar adalah… Syawal kali ni… cam biasa.. ada yg membazir utk perkara-perkara yg TAK PERLU… dan ada juga yg berhias melampau mengalahkan Ratu Cantik Dunia…

Jgn jadikan Syawal ini d cemari dgn amalan-amalan sebegini.. sepatutnya dlm bulan Syawal ni.. kita digalakkan utk banyakkan bersedekah… banyakkan amalan-amalan sunat.. dan digalakkan utk berpuasa 6 di bulan Syawal…

Bagi yg wanita… sebelum nk buat puasa sunat 6… abiskan dulu ganti puasa tu. Bukan tak boleh nk buat… tp dahulukan yg wajib dulu. Katakanlah.. sedang kita syok berpuasa sunat 6… tiba-tiba nyawa d tarik kembali… ha.. cm mana.. yg wajib kita tak abis buat… yg sunat kita buat dulu plak. Jika ditanya dgn Malaikat-malaikat, apa yg kita nk jawab…? Tepuk dada tanya iman…
Bukan tak boleh nk buat puasa 6 ni.. tapi.. kita buat ikut priority… buat yg wajib dulu… Jika tak berkesempatan utk buat puasa 6… Berdoalah semoga pahala puasa ganti tu seperti ganjaran utk puasa 6 di bulan Syawal…


Di akhir kata… ingin saya memohon kemaafaan dlm keterlanjuran kata-kata  saya dlm post di blog atau pun secara langsung dan tidak langsung… diharapkan segala kekhilafan dpt dimaafkan dan dihalalkan segalanya dunia akhirat…
Salam lebaran


Sunday, August 12, 2012

DUGAANNYA..

Assalamualaikum.. sihat tak semua..

okeh.. pejam celik pejam celik.. hampir ending sudah Ramadhan kita.. dan sebak terasa di hati nih..
mungkinkah akan berjumpa lagi kita dgn Ramadhan pada tahun berikutnya...
Cukupkah amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan ni utk menampung kehidupan kita di akhirat kelak?? Fikir-fikirkan dan renungkan sejenak..

Okeh.. Today entry pasal my friend yg baru-baru ni.. Dilanda dugaaan yg cm mencabar jugak la.. (dia yg kata)

Alkisah nya..

Dia terlambat bangun sahur.. kul 4.30am baru terjaga (imsak di Kota Kinabalu pukul 4.41am)
Then.. dia kelam-kabut sahur tu.. So, dijadikan cerita.. Dia bersahur dgn segelas air suam..

Dan paginya pula.. Dia ada keje lapangan yg perlu dibuat.. dan diarahkan utk pegi ke UiTM Sepanggar..

Dijadikan cerita.. dia kata.. dia time nk parking kereta.. dia nmpak tangki air...

Dia kata..
"aku nampak tangki air tu cam menari-nari dpan aku suh aku minum dia.."
"lpas tu, ko minum tak??"
"tak.. aku gi cari parking sambil tutup mata.."

Lpas parking kete.. dia pun berlalu masuk ke UiTM.. Then, almost about few hours, keje dia siap.. dan waktu tu almost pukul 2pm.. Dan cuaca time tu agak panas la jugak..

Masa pegi ke kete.. Dia nampak tangki air tu menari-nari lagi dpan dia..
Yg dia kata tak boleh nak tahan tuh..
Paip tangki tu, tak tertutup rapat.. Dan air drpd tangki tu jatuh setitik demi setitik...
Sampai terdetik di hati nya.. 
"ish.. sje je tangki air nih nk goda aku.. kang aku minum kang..Ish.. Astaghfirullah.."
terus dia drive utk balik ke kampus UMS..

Lagi dugaannya datang.. Sepanjang jalan nk balik UMS tuh.. dia ternampak kedai-kedai tepi jalan jual macam-macam jenis air... dan dia lagi skali ternampak air-air tu menari-nari di dpan dia.. Sampai dia kata..
"Dugaan btul lah.. boleh plak time tengah lampu merah tu kan.. makcik jual air tu senyum-senyum then tunjuk ABC dia.."

okeh.. part tu memang rasa cam tak boleh tahan..

Yg lagi best nya.. haa.. time balik ke hostel..
time dia masuk bilik nya.. Roomate dia yg non-muslim nih.. Masa dia tengah buka pintu bilik.. Roomate dia btul-btul tengah minum air Pepsi dpan dia.. Lagi la dia tak keruan..

Then.. dia terus gi ke tempat dia.. Pura-pura busy..
Dugaan betul la utk dia sepanjang hari tu.. hehe..

Dan dijadikan cerita.. sebelum berbuka puasa..
Dia gi bazaar yg berdekatan.. Dia pegi tapau segala jenis air yg dijual utk berbuka puasa..
Then.. dia campurkan dlm satu jag.. (tak tau la cam mana rasa nye)

Dam kesudahan nya.. Dia berpuas hati sb dapat balas balik dugaan nye tu dgn air-air yg dia beli tuh..

Admin masa dnga cerita dia nih.. 1 jek dlm kepala..
Lagu Hujan - Dugaannya.. hehe.. Kalau sape yg tak pernah denga.. klik link d bwah ye..




by the way.. Dlm bulan Ramadhan nih.. biasa la. Kita akan dapat macam-macam dugaan dan cabaran yg akan diberikan oleh-Nya..

Tapi dugaan dan cabaran yg diberikan bukan bertujuan utk melemahkan kita.. 
But, its actually to make us become more stronger than ever.. Allah takkan turunkan sesuatu ujian utk hamba-Nya jika dia tak tau kemampuan hamba-Nya dalam meng'handle'kan ujian yg dia dapat..

Okeh.. last but not least..
Topup iman.. Reload amalan..
Pause nafsu diri yg memakan diri..
Semoga amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan ini akan diterima Allah SWT..
Insyaallah.. Aamiinn..  ‎(◕‿◕)



Sunday, July 22, 2012

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Akan terubat rindu di hati ini,..

Rinduku pada solat Sunat Terawih ,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan
segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran ,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar ,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala,
maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

Ramadhan bukan sekadar menahan diri drpd lapar dan dahaga..
Ramadhan adalah utk kita memperbaiki hubungan dgn Pencipta..
Let's strive together to be productive muslim.. Insyaallah..


Wednesday, July 11, 2012

AKU CEMBURU


Ya Allah..

Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mempunyai ranjau yang melukai..

Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan..






Ya Allah hu Ya Fattahu Ya 'Alim..





Bantulah diriku yang lemah ini yang xberdaya lagi untuk mendekati CintaMU ya Allah..
Bukakan hatiku untuk mencintaiMu melebihi segalanya...
Jangan Kau biarkan daku rebah dek urusan duniawi, dek kejahatan manusia


Aamiinn.. Ya Rabbal 'alamin..

Sunday, July 1, 2012

MALUMU ITU BERHARGA


Assalamualaikum.. rasa cam dah penuh je sawang kat site ni.. Maaf. Admin sibuk dgn hal duniawi.. sehingga terlupa bahawa admin ada juga tugas lain yg perlu dan wajib d lunaskan. Apa dia?? sebagai dai'ie..


Ye, dengan cara blogging dan mewarkah typing di sini, berharap agar ia menjadi manfaat dan teladan utk pembaca dan pelawat di sini.


Saya akui, saya bukan la org yang baik. Tapi cuba menjadi yg lebih baik daripada hari ni dan semalam. Saya ingin kongsikan sesuatu mengenai MALU


Ada ke yg takde perasaan malu?? Ada ke yg rasa diri dia muka tembok ataupun kulit muka dia tebal 1 inci? Ada?? Kalau ada, saya teringin jugak nk tengok...




Apa sebenarnya malu ni? Malu ni coklat ke? or chewing gum?? Apa definisi malu ni???


Ok. 


Malu ni kalau nk ikut kamus satu feeling yg timbul dalam someone akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan yg tak dijangka atau yg dipamerkan secara spontan drpd diri sendiri atau drpd org lain.. faham ke??


Tapi.. klau mengikut pandangan ulama, Malu ni effect drpd keterbatasan diri sendiri dan timbul sesuatu keadaaan yg disebut "MALU" dan hakikat nye, ia mendorong seseorang tu utk meninggalkan sesuatu benda buruk dan mencegah segala larangan dan sifat-sifat yg tidak baik dlm memenuhi perintah Allah.


Seperti yg disebut dlm satu hadis


"Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman."
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Macam yg kita selalu dengar d mana2 ceramah atau tazkirah atau usrah atau halaqah, kita akan selau terdengar ayat nih.. "Malu tu sebahagian drpd iman"

Maknanye di sini.. jelas la seperti hadis d atas, bahawa malu itu adalah cabang-cabang iman. kira nye macam sub-unit iman la.. kalau takde rasa malu.. haa.. sendiri mau pikir la kan...

Tapi apa yg kita dapat lihat sekarang ni... Diorang kata malu.. tapi.. buat jugak dan ada tu tanpa segan silu bagi FREE SHOW... btul tak??


kita tengok je sekeliling kita sekarang ni.. remaja-remaja tanpa segan silu membuka aurat mereka, ringan-ringan dan ada yg sehingga ke bilik dan membuat yg tidak sepatutnya...


Dan malu ni terbahagi kpd 10 Jenis...


1. Malu sb buat salah, seperti malunya Adam AS yg melarikan diri saat di syurga. 
Allah bertanya, “Mengapa kamu lari dari-Ku wahai Adam?”
Adam menjawab, “Tidak wahai Rabbi, tetapi karena aku merasa malu terhadap Engkau.”

2. Malu sb keterbatasan diri, seperti malunya para malaikat yang sentiasa bertasbih siang malam, tanpa waktu senggang pun tanpa bertasbih. 

Namun begitu pada hari kiamat mereka berkata, “Maha Suci Engkau, kami tidak menyembah kepadaMu dengan sebenar-benarnya penyembahan.”

3. Rasa malu sb pengagungan atau rasa malu kerana ma’rifat.


4. Malu sb kehalusan budi. 

Contoh macam rasa malunya Rasulullah SAW saat mengundang orang-orang pada acara walimah Zainab. Karena mereka tidak segera pulang, maka beliau bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian.”

5. Malu sb menjaga kesopanan dan tatasusila, seperti malunya Ali bin Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW, karena dia bukan sahaja sahabat Nabi, tapi juga suami kpd puteri Nabi Muhammad SAW.


6. MAlu sb merasa diri terlalu hina, seperti malunya hamba yg memohon berbagai macam keperluan kepada Allah dengan menganggap dirinya terlalu hina untuk itu. Sehingga merasakan malu untuk meminta syurga kerana atas dosa-dosa lalu yg dilakukan


7. Malu sb cinta, iaitu rasa malunya orang yg mencintai dihadapan kekasihnya. Yg ni rasa nye tak perlu explain panjang-panjang.. sb korang memang PRO part-part cam ni ^_^


8. Malu sb ubudiyah. Apa ubuidiyah ni?? Okeh.. Ubudiyah ni maksud nye rasa malu yg bercampur dgn cinta dan rasa takut. 

Sebagai contoh, cam kita ni.. ubudiyah kita ni masih kurang, sementara Allah yg kita sembah terlalu agung, sehingga ubudiyah kita ini membuat kita merasa malu. Lebih kurang sama dgn no.6 tapi dlm konteks ni.. sifat ubudiyah ni rasa malu sehingga ada rasa penyesalan dlm diri. Faham kan..?

9. Malu sb kemuliaan seperti rasa malunya hamba yg memiliki jiwa yg murni tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah berkorban dengan mengeluarkan sesuatu, tapi segan dgn kebaikan yg dilakukan sb nya dia masih merasa malu sb kemuliaan jiwa nya ada dlm diri dia.


10. Malu terhadap diri sendiri, iaitu rasa malunya seseorang yg memiliki jiwa besar dan mulia,  sehingga merasakan diri nya masih blum mendapat redha Illahi. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri, sehingga seakan-akan dia mempunyai dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab jika seseorang hamba merasa malu terhadap diri sendiri, maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.



So, agak-agak, kita ni takut mana???


Kalau rasa malu tu dah hilang.. ia ibarat benteng diri dah musnah sb takde kawalan untuk diri nya lagi..


Dan kalau malu tu hilang.. bila kita buat dosa  dah takde rasa apa-apa (hati kering) sb tu la terjadinya zina merata, aurat di "ON-OFF" sesuka hati je. Minum arak pun dh takde segan-segan ke hape.. Dan sehinggakan kalau menipu dan mencuri tu dah macam rutin harian sehingga takde langsung rasa sesal dan malu.


Tu la yg terjadi bila nafsu menguasai sifat malu.


Tapi INGAT!!!



Kita ni sebagai manusia.. bukan lembu.. Mesti hidup berlandaskan syariat bukan berlandaskan landasan nafsu semata. Nanti bila nafsu menguasai diri, ia makan diri sendiri
"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
[Hadis Riwayat Bukhari] 

Last but not least... Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat:

Hidupkanlah rasa malu dengan berkumpul bersama orang-orang yg mempunyai rasa malu. Hidupkanlah hati dengan kemuliaan dan rasa malu. Jika keduanya hilang dari hati, maka di dalamnya tidak ada kebaikan yg menyisa dan kebaikan itu akan lenyap sebegitu sahaja..

Thursday, June 21, 2012

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Assalamualaikum semua.. 
sihat tak semua? bersawang dah tempat ni.. lama btul sy tak update di sini.. 
Urusan duniawi terlampau mengisi ruang-ruang yg ada.. sehinggakan diri ni terfikir..
"Apa yg aku dh sumbangkan utk agamaku???"
Se'busy' mana pun kita.. jgn sekali-kali lupa menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba di bumi Allah.. sb nye. nanti.. jika kita lupakan-Nya sewaktu kita sedang gembira.. jgn salahkn kpd-Nya utk setiap air mata... 
Faham kan..


okeh.. hurm.. anyone.. mest pnah makan tembikai kan..? ada yg tak penah makan tembikai??? Ada?? Rasa nye.. korang kna pegi supermarket or mana-mana pasar tani.. beli tembikai.. makan la.. sedap.. tapi jgn over.. nanti kna sore throat.. Di sini... sy nk share 1 kisah.. mengenai TEMBIKAI..






Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: 

“Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: 

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT



So.. drpd cerita ni.. apa yg korang dpt simpulkan selain drpd buah tembikai sedap??
Pengajaran yg boleh dpt drpd kisah ni.. bersangka baik la kpd-Nya..walaupun dlm apa jua keadaan sekalipun.. dlm diam.. jika kita memarahi barang yg tak elok.. bererti kita marah kpd-Nya.. Nauzubillah.. terimalah dgn hati yg terbuka.. jika pernah ada kita memarahi sesuatu kerana kita tak puas hati.. reflect semula kpd diri kita.. kenapa kita tak suka.. kenapa kita marah.. 


Last but not least.. janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati...


Wallahualam.. sehingga ketemu lagi di lain lembaran...





Thursday, June 7, 2012

JANGAN TEBANG POKOK TU


Ada sebuah pokok. Bila orang lalu-lalang disana perlu meminta izin dahulu. Maka iblis pun mengambil kesempatan dengan perbuatan orang- orang tersebut. Jadilah adat, bila sesiapa hendak lalu dipokok tu kena minta izin dulu atau bagi salam, sehingga sekumpulan manusia menyembah pokok tersebut.Seorang yang sentiasa beribadat (‘Abid) yang miskin, yang fahaman tauhidnya tinggi telah berniat dan berazam untuk menebang pokok tersebut sebab perbuatan tersebut telah menjadi syirik yang jelas.Masa dia hendak pergi menebang pokok tersebut ialah telah dihalang oleh iblis tadi yang menyamar sebagai orang tua.Iblis bertanya : “Apakah pentingnya sehingga tuan meninggalkan ibadat tuan untuk menebang pokok ini?”.Jawab si ‘Abid : “Ia sebahgian daripada ibadatku”.

Iblis tidak membenarkan dia menebang pokok itu. Maka berlakulah pergelutan. Si ‘Abid tadi dengan mudah menewaskan iblis dan duduk diatas dada iblis. Iblis merayu minta dilepaskan berserta tipudaya. Berlaku pergelutan lagi, masih ‘Abid dapat menewaskan Iblis.

Tipu daya iblis berterusan. Iblis menawarkan dia duit dua dinar setiap malam diletakkan dikepalanya. “Duit itu boleh digunakan untuk belanja diri, keluarga, atau bersedekah, tidak menyakiti penyembah-penyembah pokok dan tak ada faedah keuntungan kepada orang-orang Islam jika pokok itu ditebang,” kata Iblis pada ‘Abid.Iblis tersebut takut jika pokok itu ditebang. Pujuk rayu dan tipudaya Iblis yang bijak telah berjaya membisikkan dan memesongkan dia bahawa setiap kali dia akan dapat duit dua dinar dibawah kepalanya.‘Abid percaya kata-kata orang tua itu dan membatalkan niat asalnya dan pulang kerumah setelah membuat perjanjian dengan orang tua iblis itu tadi. Esoknya dia dapati betul ada duit dikepalanya begitu juga pada hari kedua berikutnya. Tapi pada hari ketiga duit tidak ada!.‘Abid marah, bingkas berang dan terus pergi menebang pokok itu. Dia bergelut lagi dengan iblis tersebut tapi kalah. Iblis tadi tidak takut langsung dan tidak halang perbuatan Abid tersebut. Iblis pun berkata:” Kali pertama aku kalah sebab engkau marah kerana Allah. Tapi kali ni aku tidak takut dan menang sebab kau marah pasal duit dua dinar”.

Cerita masyur sejak zaman dahulu ini selalu di sampaikan oleh alim ulama. Ia diolah dari kitab Min Sifat al-Sabbagh oleh Ustaz Muhammad al-Sabbagh, halaman 45, yang juga dipetiknya daripada “Ihya”.

Iktibar yang kita perolehi dari latihan bersama ini adalah :-

1 Jangan sesekali berlaku syirik.

2 Syirik boleh berlaku walaupun kepada abid.

3 Betulkan niat, tujuan mesti ikhlas kerana Allah taala suci dari ‘kongsi’ atau menduakan Allah.

4 Ikhlas adalah syarat kepada kemenangan.

5 Perjuangan kita berasaskan tauhid serta menentang ilmu tahyul dan khurafat.

6 Kekuatan tauhid boleh mengatasi iblis dan syaitan.

7 Tipu daya syaitan memang hebat tapi akan kalah jika ada ikhlas.

8 Iblis, mahluk yang bijak dari manusia sentiasa berusaha sesatkan manusia dan musuh yang nyata.

9 Musyrikun akan akhirnya tewas.

10 Jangan bergantung rezeki pada cara yang bukan Hak.

11 Jangan korbankan keikhlasan dgn benda2 lain, duit sebagai contoh.

12 Selalu perbetulkan niat kita dalam pergerakkan dan jangan buat pasal orang.

Pesan Al Marhum Ustaz Hanafi dalam ceramah setelah kembali dari menunaikan fardhu haji pada 1984, beliau berkata :

“Sikit amalan pun tak apa tapi jangan syirik”.

Apa saja amalan yang dibuat tak kira sikit atau banyak tak patutlah ada syirik didalamnya. Maka disinilah asas wadah kepada perjuangan kita seperti menetang ilmu tahyul dan khurafat dan memartabatkan bangsa Melayu. Orang Melayu sedang diasak dengan berbagai asakan dari semua arah. Orang muda Melayu kini makin terhakis tauhid dan budayanya. Perkara ini berlaku kerana lemahnya benteng kebudayaan Melayu itu sendiri berasakan tauhid.Kita mungkin tidak berkemampuan untuk menghadapi cabaran ini. Tapi kita mesti terus berusaha mempertahankan perjuangan ini. Selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Dan segala pujian adalah tertentu untuk Allah S.W.T.

Friday, June 1, 2012

AURAT



a story that i wanna share wid u guys..

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”




Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!

SUPPORTERS