Wednesday, October 15, 2014

DUHAI BADAN



Duhai badan

Masih banggakah engkau
Dengan lekuk indahmu
Cantik parasmu
Montok dadamu
Ramping pinggangmu
Sexy dandanmu
Manis senyummu
Mulus kulitmu

Hingga kau bangga dan riak
Kau sombong
Kau merasa dirimu paling cantik
Kau rasa senang bila dipuji dan dipuja
Dengan dirimu sendiri

Duhai badan..

Tidak sedarkah engkau
Bahawa kecantikanmu itu hanya sementara
Walaupun kau merasa senang
Itu cuma hanya di dunia dan bukan di akhirat

Duhai badan

Tahukah maksud lelaki memujamu?
Mungkin tulus
Mungkin tidak
Mungkin hanya stok 'geli-geli'
Mungkin menganggapmu hina
Mungkin memandangmu hanya sebelah mata
Mungkin dgn niat mempermainkan dirimu
Dan mungkin juga untuk teman sahaja
Dan banyak kemungkinan itu dan ini
Sedarkah engkau wahai badan???

Duhai badan

Renunglah sejenak
Fikirkan semula
Lihat dan saksikanlah setiap rakan dan temanmu
setiap perlakuannya terhadapmu
Setiap ucapannya terhadapmu

Dan renungkan semula dan temukan jawapannya pada dirimu

Dan kau akan tahu
Dan kau akan mula sedar

Siapa dia yang tulus
Siapa dia yang akan membawa dan mengheretmu ke arah maksiat
Siapa yang membawamu ke arah kebaikan dan membimbingmu

Kau akan sedar, dan sedar erti dirimu di hadapan teman-teman dan rakanmu


Duhai badan

Masihkah engkau masih merasa bangga?
Masihkah engkau senang?
Masihkah engka mampu tersenyum?
Masihkah engkau rasa dirimu paling cantik?

Ingatlah!!!!!!!!

Mereka akan meninggalkan dirimu
Mereka akan melupakan dirimu
Mereka akan katakan..
Kau hanyalah sampah

Dan ingatlah!!

Bukan kecantikan yang akan kau bawa apabila mati
Melainkan iman, Islam, amalan dan ketaqwaan dirimu yang hanya akan menjamin dirimu di akhirat sana




Dan kau perlu ingat..
Yang kau hanya CALON MAYAT!

Sedarlah bahawa, kecantikan bukanlah segala-galanya.
Ilmu dan amalan yang akan membuat dirimu, wahai wanita insyaallah akan mulia dan bahagia




SUPPORTERS