Tuesday, August 4, 2015

PISANG DAN HATI

Alkisahnya...

Milah, guru kelas tadika.
Dia menganjurkan satu permainan yg sungguh menarik utk murid0muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yg berisi pisang yg tertulis nama orang yg paling mereka benci ke kelas pada keesokan harinya.
Jadi jumlah pisang yg perlu dibawa bergantung kpd jumpah org yg dibenci.

Esoknya,
Setiap murid membawa beg plastik yg berisi pisang masing-masing.
Ada yg membawa 3 biji, ada yg 5 biji dan paling byk 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yg paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu, Jgn lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainanna. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya," beritahu cikgu Milah.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu. Pagi-pagi lagi murid-murid Milah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Milah.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. 
Lebih teruk lagi terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dgn bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dgn bau busuk pisang hanya utk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu cikgu Milah.






p / s: Jgn simpan  benci dan dendam kesumat dan apa2 la yg seangkatan dgn nya dlm hati. Nanti jd mcm pisang tadi. makin membusuk dan makin hitam. Dendam apabila dipendam, ia menikam dan melukakan.Tapi kemaafan akan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka. Just forgive and forget. Wallahualam.

"Memaafkan itu lebih dekat dgn taqwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Allah Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan"
[Surah Al-Baqarah: ayat 237]
 






SUPPORTERS