Wednesday, June 18, 2014

DI SEBALIK KALIMAH SYAHADAH





Pastinya kalimah ni tak asing bagi kita. Kalimah yg menjadi password utk sesiapa yg memeluk Islam. Kalimah yg sering kita ulang sekurang-kurangnya 9 kali sehari di dalam solat dan pastinya bukan kalimah yg dipandang remeh. Kalimah ini terkandung maksud yg sungguh mendalam.

Walaupun kebanyakan yg title Islam bukan melalui kalimah ni.. tapi kita perlu tahu apa maksud yg terselindung dlm kalimah ni supaya kita tahu dan faham Islam yg kita pegang hari ni bukan hanya satu kalimah pernyataan, tapi satu ikrar aku janji yg sgt berat yg pastinya akan mengubah 360 darjah pandangan kita.


Kalimah 'لا إله' yg bermaksud 'Tiada Tuhan' di letakkan pada permulaan syahadah adalah utk mengosongkan hati kita drpd mana-mana 'tuhan' yg kita ambil sebagai 'yg paling diharapkan', 'yg paling ditakuti', 'yg paling dicintai', dan sebagainya, barulah perkataan ' إلا الله ' iaitu 'melainkan Allah' dilafazkan.


Meletakkan satu-satunya Tuhan dlm hati kita iaitu Allah yg selayaknya, kita takuti, kita patuhi, kita cintai, kita letakkan pengharapan dan tempat bergantung.


"Dan di antara manusia ada orang yg menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim (yang menyembah selain Allah) itu melihat, ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat), bahwa kekuatan itu semuanya milik allah dan bahwa Allah sangat berat azab-Nya (niscaya mereka menyesal)"
[Surah al-Baqarah : ayat 165]



Kalimah 'وأن محمدا رسول  الله ' merupakan ikrar kita mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yg dipilih Allah sebagai pemimpin dan ikutan. Yang mana akan kita ikuti segala sunnah dan contoh teladan yang ditunjukkan sepanjang hayatnya.



Kedua-dua ikrar yg kita lafazkan ni, merupakan sumpah setia kita yg wajib utk kita buktikan melalui perlakuan sehari-hari.
Apakah benar, kita tidak menyembah Tuhan selain Allah dlm hidup kita??
Apakah benar kita mengikut segala contoh yg ditunjukkan oleh pemimpin kita, Rasulullah SAW???

Kita ada jawapannya sendiri.. Tepuk dada tanya iman. Tepuk dahi tanya akal.
Wallahualam..


Tuesday, June 17, 2014

RINDUKANLAH

Assalamualaikum.. okeh..
actually dis pot is for someone..
for you.. kak rin.. (hug)

Ku Benar-Benar Sayang
Pada Dirimu Oh Kasihku
Janganlah Engkau Ragu
Pada Diriku
 Dan Ku Berkelana Mencari
Harapan Yang Kita Impikan..
Dari Terbitnya Sang Suria…
Hingga Tenggelam..
Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu
Oh Janganlah Engkau Bersedih
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu
Rindu-rindukanlah Diriku
Sepanjang Hari-Harimu
Sayangku
Ku Adalah Milikmu
Sayangku Adalah
Milikmu Yang Kau Rindu..
Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu
Di Dalam Nafasmu
Sepanjang Hari-harimu..


even I always get angry to you..
and always make you sad..
it is just de only one reason.. I LOVE U.. always and still loving you..
I'm really sorry because we hardly had time to see each other..
but I do care for you..
take care kak rin..
Love you kak rin..



smile while you still have teeth :D

ecah rindu kak rin..


Tuesday, June 3, 2014

MUSLIM YANG BERIMAN

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. bertemu lagi kita dlm entry baru ni...
Semoga kita berterusan dlm melakukan kebaikan dan beramal kpd Allah...

Alhamdulillah.. sampai ke saat ini, kita masih bergelar seorang muslim. Tapi, kita ni muslim yg bagaimana???
Cuba fikir balik...

Sesorang yg bergelar muslim tidak menjanjikan dia seorang yg beriman, tapi mereka yg beriman sudah pasti dia seorang yg muslim...

Hanya mereka yg yakin je akan mengamalkan Islam dgn sebenar-benarnya.. selebihnya, Allah telah berfirman;

"Orang-orang Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (Islam),' kerana iman belum masuk ke hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah al-Hujurat : ayat 14]



Ada pelbagai cara utk seorang muslim tu mendapatkan 'keIslamannya' sama ada dgn pilihan dia sendiri atas kesedarannya, semata-mata utk sebuah perkahwinan atau pun yg paling biasa adalah melalui keturunan. Lahir-lahir dah Islam. Muslim by nature...

Dan.. ni la salah satu sb kenapa umat Islam hari ni, hilang identiti keIslamannya. Malah, semakin meningkat isu murtad dlm kalangan remaja hari ni, adalah berpunca drpd masalah yg mcm ni.


Ingat ni. Kita kena sedar bahawa nikmat drpd Allah apabila Dia 'memilih' kita utk agama Islam ni tanpa kita perlu buat 'pilihan sendiri'.. Lahir je dh dapat title MUSLIM. Tak mcm kawan-kawan kita yg non-muslim, yg sampai sekarang pun belum terbuka pintu hati utk memeluk Islam. Kalau kita kat tempat diorang, mungkin kita pun mcm diorang. 




KIta lahir sebagai muslim tak menjadi satu kesalahan. Tapi yg membahayakan tu, bila kita hanya title Islam pd IC tapi life mcm mereka yg tak punya agama, dan tak faham langsung tentang basic things in Islam.

Akhirnya, apa yg kita lihat hari ni, Islam yg kita pegang hari ni, hanya pada nama. Islam akan hanya menjadi warisan dan ajarannya hanya akan menjadi ritual  yg diamalkan turun-temurun, spt solat, puasa, hari raya. Pemakaian dan pemakan secara Islam pula akan dianggap kolot dan lapuk ditinggal zaman..


Remember this... When we find Allah, Allah will run to hug us. When we have Allah, we ave everything...
Jangan Islam hanya pada nama dan IC je. Kita sebagai muslim, kena berusaha utk meningkatkan iman kita dan berusaha utk menjadi umat Islam yg beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat juga. Insyaallah...

Jom kita hidupkan Islam dan Islamkan kehidupan kita.. Wallahualam...




SUPPORTERS