Semoga kita berterusan dlm melakukan kebaikan dan beramal kpd Allah...
Alhamdulillah.. sampai ke saat ini, kita masih bergelar seorang muslim. Tapi, kita ni muslim yg bagaimana???
Cuba fikir balik...
Sesorang yg bergelar muslim tidak menjanjikan dia seorang yg beriman, tapi mereka yg beriman sudah pasti dia seorang yg muslim...
Hanya mereka yg yakin je akan mengamalkan Islam dgn sebenar-benarnya.. selebihnya, Allah telah berfirman;
"Orang-orang Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah (kepada mereka), "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah 'Kami telah tunduk (Islam),' kerana iman belum masuk ke hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[Surah al-Hujurat : ayat 14]
Ada pelbagai cara utk seorang muslim tu mendapatkan 'keIslamannya' sama ada dgn pilihan dia sendiri atas kesedarannya, semata-mata utk sebuah perkahwinan atau pun yg paling biasa adalah melalui keturunan. Lahir-lahir dah Islam. Muslim by nature...
Dan.. ni la salah satu sb kenapa umat Islam hari ni, hilang identiti keIslamannya. Malah, semakin meningkat isu murtad dlm kalangan remaja hari ni, adalah berpunca drpd masalah yg mcm ni.
Ingat ni. Kita kena sedar bahawa nikmat drpd Allah apabila Dia 'memilih' kita utk agama Islam ni tanpa kita perlu buat 'pilihan sendiri'.. Lahir je dh dapat title MUSLIM. Tak mcm kawan-kawan kita yg non-muslim, yg sampai sekarang pun belum terbuka pintu hati utk memeluk Islam. Kalau kita kat tempat diorang, mungkin kita pun mcm diorang.
KIta lahir sebagai muslim tak menjadi satu kesalahan. Tapi yg membahayakan tu, bila kita hanya title Islam pd IC tapi life mcm mereka yg tak punya agama, dan tak faham langsung tentang basic things in Islam.
Akhirnya, apa yg kita lihat hari ni, Islam yg kita pegang hari ni, hanya pada nama. Islam akan hanya menjadi warisan dan ajarannya hanya akan menjadi ritual yg diamalkan turun-temurun, spt solat, puasa, hari raya. Pemakaian dan pemakan secara Islam pula akan dianggap kolot dan lapuk ditinggal zaman..
Remember this... When we find Allah, Allah will run to hug us. When we have Allah, we ave everything...
Jangan Islam hanya pada nama dan IC je. Kita sebagai muslim, kena berusaha utk meningkatkan iman kita dan berusaha utk menjadi umat Islam yg beriman, berilmu, beramal dan bertaqwa bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat juga. Insyaallah...
Jom kita hidupkan Islam dan Islamkan kehidupan kita.. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment
شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...