Friday, July 18, 2014

ANDAI ITU YG TERSIRAT

Andai rasa yang terbit dihati ini
Satu anugerah Illahi…
Aku berharap biarlah ia hanya untukmu
Dan aku berharap agar ia kekal hingga ke syurga.

Andai rasa itu ditarik daripada diriku
Aku redha… Aku pasrah…
Kerana aku percaya,
Kau dan aku tidak ditakdirkan utk bersama.

Aku tidak pernah salahkan-Nya
Tetapi aku menadahkan telapak tanganku,
Dan mengucap syukur kepada-Nya,
Kerana Dia temukan kita walaupun ia hanya sesingkat ini.
Aku percaya, Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat mahupun tersurat di dalam hatiku dan hatimu.

Percayalah, jodoh kita telah tertulis,
Di Luh Mahfuz jodoh kita telah tertulis
Aku hanya mampu tersenyum dengan ujian ini,
Dan berlapang dada.

Walaupun hati ini masih sukar utk menerima pemergian dirimu,
Aku akan cuba untuk menerimanya dengan redha.
Dan aku hanya mampu ucapkan,
Ya Allah, terima kasih kerana perkenalkan diriku kepada dirimu walaupun pertemuan ini hanya sesingkat cuma. Namun, banyak yang telah aku belajar daripada pertemuan ini.”

Jika kita tidak bertemu di dunia,
Aku berharap dan akan terus berdoa untuk bertemu dirimu di syurga.

Dan aku percaya, jodoh kita telah tertulis oleh-Nya



#throwback #WahaiBakalAdamku #IstikharahCinta


No comments:

Post a Comment

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS