Dengarkan 1 kisah...
Suatu hari, di tepi Sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dgn seorang perempuan. Dan di sisi mereka terletak sebotol arak.
Kemudian Hasan berbisik di dlm hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
TIba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yg sedang duduk di tepi sungai tadi segera terjun utk menolong perahu yg hampir lemas kerana mahu karam. Dan alhamdulillah, 6 drpd 7 org penumpang itu berjaya diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau lebih mulia drpd saya, maka dgn nama Allah, selamatkan seorang lagi yg saya tidak sempat utk saya selamatkan. Engkau hanya diminta utk menyelamatkan seorang sahaja lagi manakala aku sudah selamatkan 6 org tadi"
Bagaimanapun, Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi.
Maka lelaki itu pun berkata kpd Hasan,
"Tuan, sebenarnya perempuan di samping saya ini adalah ibu saya. Dan botol yang arak yang tuan nampak ini hanya berisi air biasa sahaja. Bukan anggur mahupun arak"
Lalu Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan 6 org tadi drpd bahaya tenggelam ke dlm sungai, maka selamatkanlah saya drpd tenggelam dlm kebanggaan dan kesombongan."
Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan permohonan tuan"
Semenjak itu, Hasan al-Basri selalu merendahkan hati. Bahkan, dia selalu menganggap dirinya sebagai makhluk yg tidak lebih drpd orang lain.
Dan... drpd cerita ini.. Ambil iktibar atas apa yg akan saya perkatakan di bawah ini..
Jika Allah membukakan pintu solat tahajjud utk kita, janganlah kita lantas memandang rendah kpd saudara seiman yg sedang tidur nyenyak..
Dan.. Jika allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah kita memandang rendah saudara seiman yg tidak ikut berpuasa sunat.
Boleh jadi org yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dgn Allah drpd diri kita.
Ilmu Allah sangat luas. Dan jgn pernah bersangka buruk terhadap org lain dan memandang tinggi pada diri kita.
Jangan pernah ujub, bangga dan sombong pada amalan kita.
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"
[Surah Al-Isra': ayat 37]
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong takbur lagi membanggakan diri"
[Surah Luqman: ayat 18]
Jangan jadikan pandangan mata kita seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk, yakni yang hanya melihat kpd keburukan dan kesalahan org lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kpd kewangian dan keindahan, yakni yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.
wallahualam
p/s: check semula hati kita kalau kita rasa kurang senang bila melihat kebaikan org lain.
Nice blog to dik...akk singgah ye
ReplyDeletehttp://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com