Wednesday, March 5, 2014

TERAPI QALBU

Bismillahirrahmanirrahim...

Apabila usaha yg setinggi gunung Everest tidak mampu utk menyelesaikan..
Setiap jalan yg kita lalui terasa bagai dihimpit dan sempit..
Terasa spt mahu hentikan harapan yg memuncak..
Dan semua jalan yg kita lalui tiada berpenghujung dan membuatkan langkah kita terhenti..

Maka serulah.. Ya Allah.. Ya Rabb..

Apabila dunia yg kita diami terasa sempit dan sesak dgn persoalan hidup dan jiwa tertekan dgn bebanan yg harus dipikul dan ditanggung..

Maka serulah.. Ya Allah.. Ya Rabb..

Hanya kpd Allah kita seharusnya meminta dan memohon, doa yg ikhlas, bisikan yg jujur, air mata yg menitis penuh keikhlasan dan keinsafan.
Ratapan atas derita yg menghiris qalbu dan menyakitkan..

Ya Allah.. Ya Rabb..

Sejukkan hati dgn salji keyakinan dan padamkan api jiwa dgn air keimanan
Berikan jiwa-jiwa yg resah ini satu kedamaian dan ketenangan..

Ya Allah.. Ya Rabb..

Tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya redha-Mu
Bimbinglah kesesatan ini kearah jalan-Mu dan pimpinlah kami yg tergelincir dan semakin jauh ini utk menuju ke petunjuk-Mu...

Ya Allah.. Ya Rabb..

Lenyapkanlah segala keraguan di hati ni dgn cahaya matahari di ufuk timur
Hancurkan segala kebatilan yg bersarang di dlm perasaan dgn secerah sinar kebenaran.
Hapuskan segala tipu daya syaitan dgn bala tentera-Mu...

Ya Allah.. Ya Rabb..

Bawalah kami menuju ke destinasi yg diredhai oleh-Mu di dunia dan di akhirat


No comments:

Post a Comment

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS