Betapa
luasnya neraka Allah
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan
peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum
keluarga kami dan semua orang Islam daripada azab seksa api neraka-Mu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu
YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan
terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMAT-MU YA ALLAH……AMIN…..
Luasnya Neraka Allah
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak
biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.:
‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’
Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat
Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi
orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia berasa aman
daripadanya.’
Lalu nabi s.a..w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku
sifat Jahannam.’
Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati
penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas
bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan
seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya
besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan
api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’
Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?’
Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (iaitu yang lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk
masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail: ‘Pintu yang terbawah untuk orang-orang
munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi
Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha.
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu keenam tempat orang nasrani bernama Sa’eir.’
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.
sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?’
Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar
dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.’
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku
yang akan masuk ke dalam neraka?’
Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari
umatmu.’
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan
maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai
masyaAllah . :'| luasnya neraka itu .
ReplyDeletetersentuh bila baca kasihnya Rasulullah kepada umatnya . :'|
Allahu Allah
Rasulullah sgt kasih dan sayang kt kita..
Deletetp kita?? =.="
wallahualam..
smga dpt ambil iktibar dan tingkatkan kasih kpd Allah dan Muhammad SAW