Saturday, April 21, 2012

KITA YANG BUTA & TULI

~ Baca ~ Hayati ~ Renung2 kan ~

Tersebutlah kisah seorang ayah yang mempunyai seorang anak. Ayah nya ini sangat menyayangi anaknya.

Pada satu yang telah ditetapkan, si ayah mengajak anaknya pegi pasar malam. Merka pulang agak lewat.
Dalam pertengahan jalan, anaknya meminta untuk membuka tali pinggang keledar kerana berasa tidak selesa… Puas meronta, lalu si anak terus membukanya tanpa menghiraukan teguran drpd ayah nya.
Tiba di 1 selekoh… Sebuah kereta lain yg bergerak agak laju dan kelihatan seperti hilang kawalan dan…. DUM!!
Ternyata, eksiden tidak dapat dielakkan. Si ayah selamat. Namun begitu, si anak terpelanting keluar drpd kereta dan kepalanya menghentam jalan dan mengalami gegaran otak yg cukup teruk.

Setelah beberapa bulan dirawat di hospital, akhirnya anak nya pulih kembali TAPI… Dia tak dapat melihat dan mendengar. BUTA DAN TULI. Ayah nya hanya mampu memeluk erat anaknya kerana dia tahu hanya sentuhan dan pelukan yg anaknya rasa ketika ini.
Begitulah kehidupan mereka setiap hari. Si ayah menjaga anaknya yg buta dan tuli.
Suatu ketika, si anak meminta ais, tetapi si ayah diam sahaja, kerana dia tahu anaknya sedang demam dan ais akan membuatkan demamnya menjadi semakin teruk.

Dalam suatu musim yg agak dingin, si anak memaksa ayahnya berjalan ke tempat yg hangat. Namun begitu, si ayah menarik kuat sehingga melukakan tangan anak nya. Kerana dia tahu, tempat hangat itu tidak jauh drpd bangunan yg sedang terbakar.

Pada waktu yg lain pula, anaknya kesal kerana ayahnya membuang semua permainan tin kesukaannya. Ayahnya dimarahi tetapi si ayah hanya mampu menghela nafas. Ingin sahaja dia menjelaskan bahawa permainan tin itu sudah berkarat dan tajam. Tapi apakan daya, anaknya itu tidak dapat mendengar dan melihat. Dia hanya mampu berharap supaya anaknya percaya semua yg dilakukan itu adalah demi kebaikan anaknya juga.

Ayahnya akan merasa sangat bahagia apabila anaknya meluahkan perasaan dan isi hati nya. Tapi apabila anaknya mendiamkan diri, dia merasa amat terseksa. Tapi dia tetap berada di sisi anaknya dan setia menjaga anaknya itu. Dia hanya mampu berdoa dan berharap agar Allah dapat memberikan mukjizat. Setiap hari, pukul 4 pagi, dia bangun untuk mendoakan anaknya itu supaya sembuh seperti sediakala.

Beberapa tahun berlalu… Pada suatu pagi yg cerah dan tenang, sayup-sayup bunyi burung berkicauan dan mentari menyinar seolah-olah tersenyum kpd dunia, pendengaran anaknya pulih dan anak itu berteriak kegirangan. Sehingga mengejutkan ayahnya yg tertidur. Kemudian di susuli dengan penglihatannya. Ternyata Allah telah mengabulkan doa si ayah. Melihat rambut ayahnya yg memutih dan tangan yg telah mengeras penuh luka, si anak terus memeluk erat si ayah dan berkata, “TERIMA KASIH AYAH. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT SEBAB MENJAGA SAYA DENGAN SETIA”

-Tamat-


Pengajaran: Terkadang kita seperti si anak. Itulah sebenarnya tingkah laku kita. Terkadang kita BUTA dan TULI. Tak mau langsung mendengar dan melihat sekeliling kita. Tapi Allah sbgai ‘Ayah’ yg setia bersama kita dan selalu mengiring dan menolong kita. Bersyukurlah kpd-NYA. Kerana sehingga hari ini dan ketika ini, DIA tidak jemu untuk mengingati dan menyayangi kita walaupun kita telah banyak berbuat dosa kpd-NYA.


No comments:

Post a Comment

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS