Assalamualaikum..
Syukur kita masih dberi peluang untuk bernafas dan mengerjakan amal ibadah lagi. Dan diberi kesempatan untuk kita bertemu di sini lagi.
Sy nak share 1 quotes.
Sabda nabi S.A.W:
Sy nak share 1 quotes.
Sabda nabi S.A.W:
"Sesiapa yg jatuh cinta kemudian menyembunyikannya sehingga kematian datang kepadanya, maka dia adalah seorang yg syahid"""""
Buat rakan-rakan sekalian.. Cinta itu fitrah...
TAPI..
ia juga bole menjadi FITNAH. Dalam kehidupan kita nih, biarlah kita dijauhkan daripada fitnah dan bersabar atas dugaan dan cabaran yg datang daripada ALLAH.
"Sesungguhnya, ALLAH tidak akan turunkan suatu musibah kepada kamu, jika DIA tidak tahu akan kemampuanmu."
Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja.
Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.
"Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ."
(Surah al-Khafi : 28)
Semoga kita semua istiqamah dalam kehidupan yg penuh liku dan cabaran ini.. Dan semoga kita syahid d jalan yg diredhai ALLAH.. Waallahu'alam...
No comments:
Post a Comment
شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...