Thursday, January 7, 2016

PERKONGSIAN: MANFAAT SURAH YAASIN DAN SURAH KHAFI



DALIL BACAAN YAASIN MALAM JUMAAT 


Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu'ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat 'Ha Mim ad-Dukhan' dan 'Yasin', jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni." 




Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :
"Sesiapa yang membaca 'Yasin' pada malam Jumaat dia diberi keampunan." - [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; "Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani." 


Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-'Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri. 



Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing. 




Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.



Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam, antaranya :




Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa'id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam, sabda Baginda :
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat." - [Al-Hakim berkata : "Hadith ini sahih." Ibnu Hajar berkata : "Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi."
Sa'id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa'id al-Khudri dengan lafaz :
"Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah."
Sa'id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma'dan katanya : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah."



Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat." 


Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah.




Moga bermanfaat.








Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredhaan Allah 'Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a'lam.
اللهم صل وسلم على البشير النذير السراج المنير سيدنا محمد حبيب رب العالمين
Oleh : Ustaz Muhammad Hafiz bin Ahmad Tajudin al-Fandani.

Wednesday, December 9, 2015

JPA: KE MANA HALA TUJU ANAK MUDA KINI

assalamualaikum.
okeh.. nk share ckit.. ape yg sy dnga baru2 ni..


Petikan drpd artikel..


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menggubal model baharu dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menghalang penerima mengelak daripada berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.
Perdana Menteri berkata model biasiswa yang ditawarkan pada masa ini tidak menguntungkan kerajaan kerana masih ada ruang untuk penerima biasiswa tidakmeneruskan khidmat mereka dengan kerajaan.
Walaupun kerajaan membelanjakan peruntukan besar untuk biasiswa itu namun ia tidak mendapat pulangan sewajarnya apabila sesetengah penerima sengaja mengagalkan diri dalam sesi temu duga bagi mengelak diambil kerja sebagai penjawat awam.

 

 

okeh.. korang rasa, mcm mana?

masih relevan atau tak?

sb skrg ni, apa yg kita tau, penjawat awam di negara kita semakin ramai dan ramai graduan yg tanam anggur dan terpaksa buat kerja lain sementara menunggu panggilan kerja drpd kerajaan..

 

nk share ckit, cth komen yg ada...

 



 okeh. actually mmg tak patut la dia cut off bnda yg mcm ni

sb tak sume penerima JPA tu org senang.. mostly org2 yg kurang berkemampuan.. 

dan effort mereka tu, diorang guna utk dptkn scholarship ni..

susah weh..study bagai nk gila.. last2 tak dpt keje..

by de way..

 

ada mata, lihat

ada telinga, denga..

bukan nye ada mata buta.. ada telinga, pekak..

okeh.. wassalam

 

#JPA #APAKATANAJIB 

Monday, November 9, 2015

tu me manques






Banyak lah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyak lah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati



5 months and still waiting...
I dun want anything to break us apart
I only want we be together..
Because, it's wonderful if we're together

SUPPORTERS