Sunday, February 3, 2013

BOOK FAIR @ PWTC

Assalamualaikum..
orite dis entry nak cerita pasal Pesta Buku 1 Malaysia

dis event was held at PWTC..
dekat mana?? dekat KL la..




location nye
ok.. book fair kali ni, memang happening sangat2 la..
sebab nya... aku pegi time sehari sebelum last day..
eh lupa plak.. event ni drpd 30 Jan 2013 to 3 Feb 2013, 10am to 10pm

ok.. memang time tu tengah sesak sgt2 sebab ape??
sb nye.. kt booth Kaki novel ada adi putra..
pergh,. ramai btul orang..
diorang sanggup bersesak-sesak gi booth situ
ada jugak yg sanggup beli novel just nk autograf drpd Adi Putra

adi putra
pic ni bukan aku punya..
ni aku minta drpd membe yg fanatik gler nk dpt sign mamat nih

hehe.. aku tak minat sgt..
and then.. adik aku punya hal plak..

time tu aku dekat booth MOY..
and then dia nampak Izzue Islam..
punya la dia excited semacam..
sampai dia heret aku ikut Izzue sb dia nak bergambar dgn si Izzue ni..

izzue

erghh,, actually aku tak la minat sgt but aku ikut je la
adik aku suka btul dpt bergambar dgn mamat nih...
sebelah dia tu la adik aku.. 
tapi kena crop la gamba nye..
sb tak pasal2 nnt ada yg nangis sb adik aku snap pic wid him
haha.. nanti jadi gosip plak kan..

ok.. book fair kali ni memang paling best dan happening sb..
dia buat dua site.. kt atas dgn bawah..
yg kt atas tu mostly yg mcm ramai yg pegi la (mcm aku)
cth nye Gempakstarz, Moy (Ujang & APO?), Kaki Novel, In-Team Publications and etc

yg floor bawah tu mcm buku yg jarang orang pegi.. hehe..
aku pun singgah kt bawah tak sampai 5 minit
kt floor atas tu almost sejam la jugak..

Booth Ana Muslim

Booth @ Ground Floor

and then, memang btul2 sale la buku2 yg dijual

btul2 Hao Liao..
sb nye, ada tu sampai FREE!!!!
pergh kalau tak kuat iman, memang rabak la poket
mcm membe aku.. dia just singgah kt Gempakstarz, almost RM100 abis..

kalau aku, takde maknanye la kan..
aku lebih rela duit tu buat makan.. haha..





Wednesday, January 2, 2013

HELLO 2013

Assalamualaikum..
yo whassup.. whassup..
hehe.. ok.. tahun baru menjelma lagi...

tapi azam tahun baru kita masih ke di takuk lama??
ataupun dh tercapai??
alhamdulillah kalau dah tercapai..

bagi yg tak tercapai ataupun belum tercapai..
jangan give up..
teruskan usaha..
bangkit dan realisasikan impian dan cita-citamu..

macam lagu Bangkit - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian

Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula

Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula


So, jangan give up..
Usaha dan teruskan usaha..

がんばって.. 행운.. hwaiting!!!

Ok.. let's check it.. apa azam tahun baru kali ni??
dan lagi satu kan.. 
kalau buat azam tu, biar la sepadan dgn kita dan masih boleh tercapai dgn akal kita..
ni letak azam nak kahwin dgn artis la..
kalau artis Malaysia tu boleh faham la..
tapi ni artis Korea, Jepun dan seantero dengannya..
apa la.. tak logik.. tapi kalau tercapai.. alhamdulillah..
dah jodoh la tu kan.. hehe.. *tiba-tiba terfikir pasal nikah pula*


azam tahun ni simple and nice..
tak grand sangat..
cukup la Allah yg tau apa hasrat yg terpendam dalam hati ni..

Kalau rajin tu kan.. gerakkan jari-jemari yg lentik dan runcing tu..
Share-share la azam tahun ni..
Nak jugak tau apa azam tahun ni kan.. hehe..

Walau apa pun.. Semua yg baik tu datangnya drpd Allah..
Dan yg buruk tu datang drpd diri sy sendiri..
Always remember ni..

"Allah tak beri apa yg kita mahu tapi Allah akan bagi apa yg kita perlu"


Wallahualam..






Saturday, December 29, 2012

SOLEHAH KE??

Assalamualaikum.. sihat tak semua??

Ok kali ni nak merungkai satu isu la kan..
kisah sorang artis lelaki ni.. dia kata,


"blablabla.. Miss F menepati ciri solehah yg ibu saya mahukan kerana dia bertudung..blablala.."

tu la yang dia kata..

Ok.. Let's check it ya..

Solehah tu terletak kpd tudung seseorang tu ke???

tu yg sy confused kejap..
dia nak cari isteri yg bertudung atau yg solehah ni??

Ok.. cuba fikir kan ye..

solehah ke kalau pakai tudung tapi menyanyi dan pegang lelaki yang bukan muhrim sana sini??
solehah ke kalau pakai tudung tapi berpakaian membalut aurat dan mekap tebal seinci macam opera cina??
dan.. solehah ke kalau pakai tudung tapi tak melabuhkan hijabnya ke dada??

then.. sambil tengah fikirkan isu solehah tu..
tiba-tiba..
satu siaran radio ni,(sebelum masuk waktu maghrib) dia mengupas isu isteri solehah dan bila sy dengar kupasannya dan fikirkan balik kan..


Yeap!!! That's the answer to my question..

Dia bagi satu fakta yg semua tak boleh mempertikaikan.


".... Maka perempuan-perempuan yg soleh itu adalah  mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah Menjaga mereka......"
[Surah An-Nisa' : ayat 34]



dan dalam satu hadis telah digariskan panduan memilih isteri,
iaitu...


"Wanita yg menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yg mentaatinya ketika disuruh dan
wanita yg tidak mengkhianatinya (tidak curang). Dan wanita yg tidak mengkhianati hartanya kepada perkara yg dibenci"
[Hadis Riwayat Abu Daud & Nasai'i]



dan solehah itu tak semestinya pada zahirnya sahaja..
ia juga terletak di dalam diri seorang wanita..

Kalau istilah solehah tu sama dengan bertudung... maknanya, ramai la yg solehah kan.. tapi hakikatnya telanjang..

Dan solehah / soleh tu juga dapat dirungkai dalam firman Allah SWT yg bermaksud,


"Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah orang-orang yang soleh"
[Surah Al-Imran : ayat 114]



So, kalau aurat tak tutup (tapi dibalut), masih dikategorikan sebagai solehah ke?
Masih dikira beriman kepada Allah ke?

Ingat ni dan tanamkan dalam kepala dan hati. Bertudung tak sama dengan solehah.. Dan wanita solehah itu akan menutup auratnya dengan cara yg paling diredhai Allah..

So, never ever 'matching' kan solehah tu dengan wanita yg bertudung.

Tepuk dahi, tanya akal dan hati...

Dalam mencari yg solehah tu, why not prepare diri menjadi yg soleh juga kan?
Dan dalam masa yg sama, lihat sekeliling kita..
Tak payah tengok jauh-jauh.. Tengok je family kita..

Macam mana pergaulan mereka.. Macam mana aurat mereka..

Kalau kita nak memimpin dan dipimpin, kita mesti mulakan dengan diri kita dan mereka yg terdekat dulu.. Then, baru la kepada mereka-mereka yg lain..


Tu je la kot..
By the way, yg baik tu datangnya daripada Allah..
Dan yg buruk tu datangnya daripada diri sy yg lemah ni..
Wallahualam..

안녕히 가세요... Adios.. Wassalam


SUPPORTERS