Ok kali ni nak merungkai satu isu la kan..
kisah sorang artis lelaki ni.. dia kata,
"blablabla.. Miss F menepati ciri solehah yg ibu saya mahukan kerana dia bertudung..blablala.."
tu la yang dia kata..
Ok.. Let's check it ya..
Solehah tu terletak kpd tudung seseorang tu ke???
tu yg sy confused kejap..
dia nak cari isteri yg bertudung atau yg solehah ni??
Ok.. cuba fikir kan ye..
solehah ke kalau pakai tudung tapi menyanyi dan pegang lelaki yang bukan muhrim sana sini??
solehah ke kalau pakai tudung tapi berpakaian membalut aurat dan mekap tebal seinci macam opera cina??
dan.. solehah ke kalau pakai tudung tapi tak melabuhkan hijabnya ke dada??
then.. sambil tengah fikirkan isu solehah tu..
tiba-tiba..
satu siaran radio ni,(sebelum masuk waktu maghrib) dia mengupas isu isteri solehah dan bila sy dengar kupasannya dan fikirkan balik kan..
Yeap!!! That's the answer to my question..
".... Maka perempuan-perempuan yg soleh itu adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah Menjaga mereka......"
[Surah An-Nisa' : ayat 34]
dan dalam satu hadis telah digariskan panduan memilih isteri,
iaitu...
"Wanita yg menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yg mentaatinya ketika disuruh dan
wanita yg tidak mengkhianatinya (tidak curang). Dan wanita yg tidak mengkhianati hartanya kepada perkara yg dibenci"
[Hadis Riwayat Abu Daud & Nasai'i]
dan solehah itu tak semestinya pada zahirnya sahaja..
ia juga terletak di dalam diri seorang wanita..
Kalau istilah solehah tu sama dengan bertudung... maknanya, ramai la yg solehah kan.. tapi hakikatnya telanjang..
Dan solehah / soleh tu juga dapat dirungkai dalam firman Allah SWT yg bermaksud,
"Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah (mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah orang-orang yang soleh"
[Surah Al-Imran : ayat 114]
So, kalau aurat tak tutup (tapi dibalut), masih dikategorikan sebagai solehah ke?
Masih dikira beriman kepada Allah ke?
Ingat ni dan tanamkan dalam kepala dan hati. Bertudung tak sama dengan solehah.. Dan wanita solehah itu akan menutup auratnya dengan cara yg paling diredhai Allah..
So, never ever 'matching' kan solehah tu dengan wanita yg bertudung.
Tepuk dahi, tanya akal dan hati...
Dalam mencari yg solehah tu, why not prepare diri menjadi yg soleh juga kan?
Dan dalam masa yg sama, lihat sekeliling kita..
Tak payah tengok jauh-jauh.. Tengok je family kita..
Macam mana pergaulan mereka.. Macam mana aurat mereka..
Kalau kita nak memimpin dan dipimpin, kita mesti mulakan dengan diri kita dan mereka yg terdekat dulu.. Then, baru la kepada mereka-mereka yg lain..
Tu je la kot..
By the way, yg baik tu datangnya daripada Allah..
Dan yg buruk tu datangnya daripada diri sy yg lemah ni..
Wallahualam..
안녕히 가세요... Adios.. Wassalam
Nice post kak ^^ kadang2 nk kawin
ReplyDeletebaru nak cari yg solehah gitu.
Tapi tak boleh pinggir jugak yg tak tutup aurat
tu.Sepatutnya diaorg perlu dipimpin,kan?
Zaman skrg ramai yg nk soleh/solehah je.Yg kurang soleh/solehah tu nk letak kt mana.
yeap.. thanx tira.. :)
Deletememang mereka perlu dipimpin..
tapi mana pergi pemimpin dlm rumah mereka??
ayah? adik lelaki? abg?? takkan mereka tak ble memimpin kn?
btul2.. kesian yg kurang solehah tu..
sb.. se buaya2 lelaki.. dia tetap nk cari isteri yg solehah juga