Monday, February 3, 2014

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. masih ada peluang yg Allah beri utk kita membuat amal kebaikan dan bermaafan-maafan.


Maaf??apa tu? 
Ada buat salah ke? Tiba-tiba je nk minta maaf..
kalau tak buat salah kenapa nak minta maaf?

tu la antara persoalan yg selalu kita lontarkan.. bukan shja kpd diri sendiri malah.. seringkali kita lontarkan soalan sebegini kpd mereka yg lain

dan kadang-kadang tu.. kita secara tak sengaja buat salah kpd someone..
tapi mcm biasa la.. disebabkan ego yg ada.. takde pun kita minta maaf kpd dia..
sampaikan kita je yg rasa kita ni perfect dan always right.
dan bila orang lain minta maaf plak.. kita plak yg rasa tak nak maafkan.. sb ape?? sb EGO!!
so.. plz buang ego tu ketepi dan plz maafkan sesiapa sahaja yg buat salah kpd kita mahupun yg sengaja atau tak sengaja..

zahirnya.. manusia ni sentiasa dgn sifat lupa.
sb tu kita kna sentiasa istighfar dan mohon maaf dan keampunan,,
bukan time raya je. ingat tu!!

"Memaafkan itu lebih dekat dengan taqwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Allah Maha Melihat setiap segala apa yg kamu lakukan"
[Surah Al-Baqarah: ayat 237]

Seseorang yg tak nak minta maaf dan tak nak memaafkan kesalahan orang lain adalah diantara mereka yg tidak disukai Allah SWT
Orang yg mcm ni penuh dgn sifat dendam, ego dan sombong dlm diri.
Sehinggakan rasa "I'M PERFECT" dan "I'M ALWAYS RIGHT"
Maka.. jadilah satu titik hitam di hatinya sampai jadi berkarat mcm besi yg tidak boleh digunakan..

Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yg diminta maaf oleh saudaranya yg semuslim, lalu ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar orang yg merompak"
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Kalau dh tau buat salah.. Minta maaf la.. jgn sampai orang tu berdendam dan tak nak tolong kita lagi.
Tapi kalau kita dh minta maaf, orang tu tak nak maafkan.. Tu hal antara dia dgn Allah.. sb nye.. kita dh berusaha utk memulihkan keadaan yg keruh.
Cm kata orang-orang tua..
"buang yg keruh, amik perisa coklat"

Jadi.. bermaaf-maafanlah sesama kita.. tak rugi pape pun..
Takkan jatuh darjat dan harga diri bila kita minta maaf..

Jgn plak kita tak bermaaf-maafan sehinggakan terputus hubungan saudara.. Nauzubillah minzalik..

Kata terakhir drpd sy.. Tolak ego ketepi. Rendahkan diri.. Mohonlah kemaafan ye.


No comments:

Post a Comment

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS