Saturday, November 12, 2011

APA ITU HIDUP???

Assalamualaikum… ingin saya kongsikan dgn anda semua… apa itu hidup… adakah kita tahu matlamat hidup kita setiap hari?? Atau sntiasa berubah ikut mood dan pengaruh drpd rakan-rakan??


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik bagi kita untuk menghindari yang mungkar dan beramal soleh dengan kusyuk kerana mungkin ajal kita pada Hari yang ketiga.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:


Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila…
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. ..
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

✿..Jika SESAT di hujung jalan, baliklah ke PANGKAL JALAN..tetapi jika jalan sudah BENAR namun pelbagai MASALAH menghalang, JANGAN BERPATAH BALIK..teruskan PERJALANAN..jangan pandang pada KETENTUANNYA..jangan pandang pada MUSIBAHNYA, jangan pandang apa yang dihadapi..susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi...semuanya punyai MAKSUD yang tersembunyi sekiranya dirimu MEMAHAMI dan MENGERTI..✿~

✿ Ingatlah..segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN..maka kepadaNYA juga kamu perlu meminta PERTOLONGAN..✿

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah SWT.

Insyaallah.. wallahualam…

No comments:

Post a Comment

شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...

SUPPORTERS