Alhamdulillah..
kita masih di dalam 10 Ramadhan yg terakhir ini... Semoga kita sentiasa
dilindungi dan dirahmati ALLAH di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Sengaja
saya perturunkan diatas contoh risalah yang diterbitkan untuk
membuktikan betapa penggunaan nama ALLAH yang ternyata disalahgunakan
dari kacamata aqidah Islam, dan jelas mengelirukan dan boleh membawa
kesan negatif kepada keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara
kita.
Sebenarnya
ALLAH telah memberi amaran dan peringatan kepada kita umat Islam
tentang dakyah dan konspirasi halus Yahudi & Kristian ini yang
tidak akan redho dan setuju dengan kita umat Islam selama-lamanya selagi
kita tidak mengikut cara kehidupan dan kemahuan mereka:
Surah Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya
Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya
sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya
petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu
memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang
kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung
dan penolong bagimu".
Dan
ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan
kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan
nama ALLAH ini:
Surah At Taubah: 30-32
"Kaum
Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula
berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka
dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang
terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
Surah At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Surah Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yg bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yg sekufu (setaraf) dengan Dia".
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika.
Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa:
"it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu?
Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang
summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!!
Ingatlah Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah.
Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2
"sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara dan saudari yg seaqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini.
Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka.
Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu, sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu.
Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Amiiin..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
شكران جزيلان
감사합니다..
Thank You..
ありがとう...