Saturday, May 9, 2015

BERTAKHTA DI HATI

Buat dirimu yang bakal bertakhta di hatiku..
Izinkan diriku membuat lebaran rindu dan salam kasih untuk dirimu..
Wahai kamu yang melengkapkan hidupku,

Kalaulah aku yang ditakdirkan untuk kamu, dalam menjadi lilin yang membakar diri, menerangi hari-harimu bersama aku, meniti hari-hari penuh bahagia untuk bersama mu, mampu aku bersabar dan tabah menunggu walau berapa lama sekalipun. Aku tak pernah bosan, malah jauh sekali merasa pilu, melihat rakan yang lain melangkah dahulu. Kerana aku tahu, sampai masa.. tiba jua saat kita nanti.
Insyaallah.. satu hari nanti


Wahai kamu yang menjadi peneman tidurku,

Sungguh pun dirimu tidak ku ketahui dimana, akan aku terima diri mu dengan segala kekurangan yang ada pada diriku ini, sebagai pelengkap kelebihan yang ada pada mu, kerana aku tahu segala yang ada padamu, terlalu agung kurniaan dari-Nya buat aku sebagai hamba, sebagai isteri dan ibu kepada bakal anak-anak kita. Jadikan tidur malam kita bagai seribu tahun yang indah, yang akan kita nikmati setiap saat yang berlalu hadiah dari pengharapan kita selama ini yang kita nanti-nanti.

Wahai bakal kekasih dunia akhiratku,

Iringkan doa mu buat aku di sini yang menanti dirimu untuk melamarku. Andai telah tertulis jodoh kita di lul mahfuz, pasti akan bertemu juga kita. Dan akan ku jadikan diriku ini sebagai zaujah mu  ubukan sahaja di dunia malah juga di akhirat nanti.
Dan diriku ketahui.. Apabila sampai masa dan tikanya nanti, akan terpimpin juga tangan kita berdua dalam meniti hidup di masa akan datang. Dan titipkan lah doa senyum mu dalam mimpi-mimpi ku supaya menjadi kekuatan untuk aku lebih gagah lagi dalam mengharungi hari yang berbaki lagi.

Salam rindu dari hatiku untuk dirimu.. 
Semoga kita akan bertemu di dalam setiap bisikan doa

Sunday, April 19, 2015

SIAPA KITA DI SISI ALLAH


Siapa kita di sisi Allah???
Siapa kita di sisi-Nya?? Hamba atau sebaliknya?

Pejamkan kedua mata..
Bayangkan..

Kalau rasa kehidupan di dunia ni sudah cukup bahagia,
sudah cukup bekalan utk di akhirat sana,
teruskan kehidupan seperti biasa.

Jika sebaliknya, tekan butang "RESET" dalam diri.
Kembali kepada-Nya dgn seluruh jiwa dan raga.
Abdikan diri kepada-Nya, bukan kepada manusia

Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda;
"Jadilah kamu di dunia laksana orang yang asing atau musafir yang sedang berpergian"

Ibnu Umar berkata,
"Jika kamu berada di waktu petang, jangan menunda-nunda amal hingga pagi hari. Kalau kamu berada di waktu pagi, jangan menunda-nunda amal hingga waktu petang. Manfaatkan kesihatanmu sebelum tiba sakitmu. Dan gunakan masa hidupmu sebelum tiba matimu"



Ali bin Abi Thalib r.a mengatakan,
"Dunia pasti akan lenyap meninggalkan kalian, sedangkan akhirat menanti kalian di hadapan. Masing-masing dari keduanya memilik anak keturunan. Jadilah kalian anak-anak pengejar akhirat, janganlah kalian menjadi anak-anak oemuja dunia. Sesungguhnya hari ini (dunia adalah waktu beramal, dan belum ada hisab. Sedangkn esok hari (akhirat) adalah hisab tanpa ada kesempatan untuk beramal."

Apa lagi yang kita tunggu..
Tunggu rumaha cakap "pegi.. pegi"
Kubuq panggil, "mai la, mai la"

mcm tu ke? tunggu dijemput malaikat maut, baru rasa nak berubah?
Time tu dh terlambat. dan tak terdaya lagi utk berubah dan masa yg telah digunakan takkan kembali.

Malaikat maut akan ckp mcm ni nanti, "Tiada lagi tambahan waktu utk mu"



Tepuk dada, tanya hati.
Tepuk kepala, tanya akal..

Sebagai peringatan utk diri sendiri dan kalian semua.

#MuhasabahDiri



Tuesday, March 3, 2015

KISAH TELADAN: SEDEKAH

Seorang gadis datang menemi Rasulullah SAW dgn tangan kanannya yg disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yg amat sangat.

Lalu Rasulullah SAW menegurnya:
"Wahai anakku, kenapa wajahmy menampakkan kesakitan dan apa yg kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis ini menceritakan hal yg berlaku kpdnya:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadu aku telah bermimpi  dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini"

Rasulullah SAW mula tertarik dgn penjelasan gadis itu:
"Jika tidak keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."


"Aku bermimpi berjumpa dgn ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan dlm sekelip mata"
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.


"Kemudian ku lihat tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut utk menghalang api dari membakar tubuhnya, Lantas aku bertanya ibuku adalah seorang hamba yg patuh dgn ajaran Islam dan isteri yg taat kpd suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda tu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kpd fakir. Yang lainnya hanya utk bermuka-muka dan menunnjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dgn makanan yg lazat dan minuman dari telaga nabi.

Lalu aku bertanya kpd ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahku, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kpd isterinya kerana itu adalah pembalasan utk kebakhilan yg dilakukan ketika di dunia."

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah"


Panjang lebar gadi itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar, maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kpd beliau dan semua umat Islam


Lalu berkat kebesaran Allah, tangan gadis itu sembuh.

Rasulullah SAW lantas berkata:
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkanlah bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kpd ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah"





"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
[Surah Al-Imran: ayat 92]











p/s : semakin kita bersedekah, semakin kita kaya. #JomBersedekah

SUPPORTERS