Monday, November 9, 2015

tu me manques






Banyak lah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyak lah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati



5 months and still waiting...
I dun want anything to break us apart
I only want we be together..
Because, it's wonderful if we're together

Wednesday, September 9, 2015

FOLLOW KE UNFOLLOW???






Zaman sekarang ni, follow, unfollow dh bole kita tahu melalui mcm2 apps kan?
Kadang2 bole buat kita sampai bergaduh dan selisih faham dgn antara satu sama lain.

Then, mula la fikir yg bukan2..lpas tu tanpa fikir panjang, terus je tembak org tu dgn soalan mcm:

"Kenapa ko unfollow aku?"
"Kenapa ko block aku??"

Benda ni seeloknya tak payah nk simpan dan ada dlm fon atau ipad ke, ipod ke, monopod ke ape2 pod lagi r..

Kalau btul dgn cara dan niat kita, utk berdakwah kerana Allah, kita takkan pandang bpe banyak yg follow atau unfollow kita.

Bukan nk cakap ape r kan. Budak2 zaman skrg ni cm langsi sikit. Sorry sb terguna ayat yg kasar, sb ni reality skrg.

Kalau niat kita buat Instagram,Twitter, Facebook, Tumblr dan sebagainya ni utk tulis perkara yg baik2, dan berdakwah utk LillahiTa'ala, jangan sesekali kita hiraukan sape yg unfollow atau follow. Tak payah nk kejar sume tu. Tu dunia sume tu.

Sb nye, bila kita di akhirat nanti, Followers kita ni nanti akan tolong kita ke bila kita berhadapan dgn Allah nanti? Follower2 kita ni nanti sama2 ikut kita menanggung azab atau bersama ke syurga ke nanti???

Lagha yg kita bawa. Yang kita sebarkan.
Yang kita tuliskan drpd sesuatu yg bermanfaat terus jadi sia-sia je. sb ape?? sb kita nk kan title Follower terbanyak tu.

Tak payah nk tepuk dada tanya iman. Ketuk hati pakai hammer terus kalau tak boleh nk terima dan masih nk nafikan 

Moh le kita delete apps yg detect unfollow ke follow ke ape ni
Moh le kita perbaiki diri, btulkan niat di hati.
Berdakwah kerana Allah SWT

Bukan utk dpt kepujian atau follower teramai
Bukan utk raih perhatian drpd orang lain dan bukan juga utk fofular.

Apalah gunanye fofular dan dikenali dgn penduduk bumi, tapi takde yg kenal kita di langit dan akhirat sana nanti.

Tajdid niat kita
Selalu dan hari2.. LillahiTa'ala.



sy minta maaf kalau ada yg terasa atau rasa marah dgn statement sy ni

Yg baik datang nye drpd Allah, yg buruk tu drpd kesilapan sy sndri.





Tuesday, August 4, 2015

PISANG DAN HATI

Alkisahnya...

Milah, guru kelas tadika.
Dia menganjurkan satu permainan yg sungguh menarik utk murid0muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yg berisi pisang yg tertulis nama orang yg paling mereka benci ke kelas pada keesokan harinya.
Jadi jumlah pisang yg perlu dibawa bergantung kpd jumpah org yg dibenci.

Esoknya,
Setiap murid membawa beg plastik yg berisi pisang masing-masing.
Ada yg membawa 3 biji, ada yg 5 biji dan paling byk 8 biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yg paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu, Jgn lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainanna. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya," beritahu cikgu Milah.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu. Pagi-pagi lagi murid-murid Milah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Milah.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. 
Lebih teruk lagi terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dgn bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya kemana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dgn bau busuk pisang hanya utk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu cikgu Milah.






p / s: Jgn simpan  benci dan dendam kesumat dan apa2 la yg seangkatan dgn nya dlm hati. Nanti jd mcm pisang tadi. makin membusuk dan makin hitam. Dendam apabila dipendam, ia menikam dan melukakan.Tapi kemaafan akan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka. Just forgive and forget. Wallahualam.

"Memaafkan itu lebih dekat dgn taqwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Allah Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan"
[Surah Al-Baqarah: ayat 237]
 






SUPPORTERS