Tuesday, March 3, 2015

KISAH TELADAN: SEDEKAH

Seorang gadis datang menemi Rasulullah SAW dgn tangan kanannya yg disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yg amat sangat.

Lalu Rasulullah SAW menegurnya:
"Wahai anakku, kenapa wajahmy menampakkan kesakitan dan apa yg kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis ini menceritakan hal yg berlaku kpdnya:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadu aku telah bermimpi  dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini"

Rasulullah SAW mula tertarik dgn penjelasan gadis itu:
"Jika tidak keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."


"Aku bermimpi berjumpa dgn ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan dlm sekelip mata"
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.


"Kemudian ku lihat tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut utk menghalang api dari membakar tubuhnya, Lantas aku bertanya ibuku adalah seorang hamba yg patuh dgn ajaran Islam dan isteri yg taat kpd suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda tu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kpd fakir. Yang lainnya hanya utk bermuka-muka dan menunnjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dgn makanan yg lazat dan minuman dari telaga nabi.

Lalu aku bertanya kpd ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahku, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kpd isterinya kerana itu adalah pembalasan utk kebakhilan yg dilakukan ketika di dunia."

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah"


Panjang lebar gadi itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar, maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kpd beliau dan semua umat Islam


Lalu berkat kebesaran Allah, tangan gadis itu sembuh.

Rasulullah SAW lantas berkata:
"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkanlah bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kpd ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insyaallah"





"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"
[Surah Al-Imran: ayat 92]











p/s : semakin kita bersedekah, semakin kita kaya. #JomBersedekah

Saturday, February 21, 2015

AKAN TERJAWAB SEGALANYA


Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita..
Dan ada sebab mengapa kita bertemu dan berpisah dgn mereka..

Tetapi.. sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita..

Allah takkan hadirkan seseorang tu tanpa sebab..
Kerana, jodoh pertemuan itu telah Allah aturkan..

"Suami isteri itu ibarat pakaian kepada yang lain.. dan saling melengkapi antara satu sama lain"
[Tuan Shahrul Mizan]

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Alah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya"
[Surah An-Nur : ayat 32 - 33]



Jodoh itu.. kita kena usahakan dan ikhtiarkan..

Tetapi.. dlm berusaha.. kita kena niatkan yang kita cari jodoh ni hanya kerana Allah dan utk mengharapkan redha-Nya. 
Bukan utk suka2.. dan bukan jugak utk bagi kawan respek ke ape ke.. NEVER THINKS LIKE DAT!!

Tapi dlm perkenalan.. bukan bermaksud kita kena mengadap dia 24hour dan main2 mata dgn dia atau berdating bagai dgn si dia. BUKAN DGN CARA MCM TU!!

Tapi jika betul kita nak kenal dia. Kita boleh mengikuti perkembangan dia dalam diam dan just tau apa aktiviti yg dia buat dan cukup dgn mengetahui aktiviti si dia, perihal si dia (tingkah-laku) si dia atau bertanya dgn jiran-jiran si dia, atau susah2 sangat. Cari je la address wali dia. jumpa wali dia. direct terus. kan senang. STRAIGHT TO THE POINT. habis cerita.

Tapi jgn plak main terjah je. Buat dgn cara yang baik. Ingat tu. Jaga maruah pasangan kita, dan Allah akan jaga juga maruah kita.





Just remember this words:

Pasangan hidup itu dicari..
Bukan kerana kecantikan / kekacakan dirinya.
Bukan juga kerana hartanya yang menimbun mcm Billionaire..

Pasangan hidup itu dicari..
Sb.. kita sedar yang kita tak mampu utk meniti liku-liku hidup ini dgn sendiri dan kita memerlukan someone utk selalu setia, suka dan duka, tangis dan ketawa, utk melahirkan zuriat penyambung keturunan dan membina impian yang indah bersama.
Bersama sehingga ke syurga-Nya.


Just remember this:

Pemilik tulang rusuk takkan tertukar tulang rusuk kirinya. Dan jika telah tertulis nama dirinya di luh mahfuz dgn dirimu, Insyaallah.. Akan ketemu jua walau berjuta badai yang melanda.



Saturday, January 3, 2015

CINTANYA NABI KEPADA KITA

Bagaimana Nabi Cintakan Umatnya?


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.



Pagi itu juga, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,



” Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.”




Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.




“Rasullullah akan meninggalkan kita semua.”



Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.




Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut.



Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemua ndi dunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibrail, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? “Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi.



“Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahaiRasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. ” Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.




Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”.

Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahummasholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin..

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

SUPPORTERS