Sunday, November 9, 2014

JAUHI UJUB & SOMBONG



Dengarkan 1 kisah...

Suatu hari, di tepi Sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dgn seorang perempuan. Dan di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik di dlm hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

TIba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.

Lelaki yg sedang duduk di tepi sungai tadi segera terjun utk menolong perahu yg hampir lemas kerana mahu karam. Dan alhamdulillah, 6 drpd 7 org penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau lebih mulia drpd saya, maka dgn nama Allah, selamatkan seorang lagi yg saya tidak sempat utk saya selamatkan. Engkau hanya diminta utk menyelamatkan seorang sahaja lagi manakala aku sudah selamatkan 6 org tadi"

Bagaimanapun, Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang lagi.

Maka lelaki itu pun berkata kpd Hasan,
"Tuan, sebenarnya perempuan di samping saya ini adalah ibu saya. Dan botol yang arak yang tuan nampak ini hanya berisi air biasa sahaja. Bukan anggur mahupun arak"

Lalu Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan 6 org tadi drpd bahaya tenggelam ke dlm sungai, maka selamatkanlah saya drpd tenggelam dlm kebanggaan dan kesombongan."

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri selalu merendahkan hati. Bahkan, dia selalu menganggap dirinya sebagai makhluk yg tidak lebih drpd orang lain.


Dan... drpd cerita ini.. Ambil iktibar atas apa yg akan saya perkatakan di bawah ini..

Jika Allah membukakan pintu solat tahajjud utk kita, janganlah kita lantas memandang rendah kpd saudara seiman yg sedang tidur nyenyak..

Dan.. Jika allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah kita memandang rendah saudara seiman yg tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi org yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dgn Allah drpd diri kita.
Ilmu Allah sangat luas. Dan jgn pernah bersangka buruk terhadap org lain dan memandang tinggi pada diri kita.
Jangan pernah ujub, bangga dan sombong pada amalan kita.

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang"
[Surah Al-Isra': ayat 37]



"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang sombong takbur lagi membanggakan diri"
[Surah Luqman: ayat 18]

Jangan jadikan pandangan mata kita seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk, yakni yang hanya melihat kpd keburukan dan kesalahan org lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah yang hanya memandang kpd kewangian dan keindahan, yakni yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain.

wallahualam

p/s: check semula hati kita kalau kita rasa kurang senang bila melihat kebaikan org lain.





Wednesday, October 15, 2014

DUHAI BADAN



Duhai badan

Masih banggakah engkau
Dengan lekuk indahmu
Cantik parasmu
Montok dadamu
Ramping pinggangmu
Sexy dandanmu
Manis senyummu
Mulus kulitmu

Hingga kau bangga dan riak
Kau sombong
Kau merasa dirimu paling cantik
Kau rasa senang bila dipuji dan dipuja
Dengan dirimu sendiri

Duhai badan..

Tidak sedarkah engkau
Bahawa kecantikanmu itu hanya sementara
Walaupun kau merasa senang
Itu cuma hanya di dunia dan bukan di akhirat

Duhai badan

Tahukah maksud lelaki memujamu?
Mungkin tulus
Mungkin tidak
Mungkin hanya stok 'geli-geli'
Mungkin menganggapmu hina
Mungkin memandangmu hanya sebelah mata
Mungkin dgn niat mempermainkan dirimu
Dan mungkin juga untuk teman sahaja
Dan banyak kemungkinan itu dan ini
Sedarkah engkau wahai badan???

Duhai badan

Renunglah sejenak
Fikirkan semula
Lihat dan saksikanlah setiap rakan dan temanmu
setiap perlakuannya terhadapmu
Setiap ucapannya terhadapmu

Dan renungkan semula dan temukan jawapannya pada dirimu

Dan kau akan tahu
Dan kau akan mula sedar

Siapa dia yang tulus
Siapa dia yang akan membawa dan mengheretmu ke arah maksiat
Siapa yang membawamu ke arah kebaikan dan membimbingmu

Kau akan sedar, dan sedar erti dirimu di hadapan teman-teman dan rakanmu


Duhai badan

Masihkah engkau masih merasa bangga?
Masihkah engkau senang?
Masihkah engka mampu tersenyum?
Masihkah engkau rasa dirimu paling cantik?

Ingatlah!!!!!!!!

Mereka akan meninggalkan dirimu
Mereka akan melupakan dirimu
Mereka akan katakan..
Kau hanyalah sampah

Dan ingatlah!!

Bukan kecantikan yang akan kau bawa apabila mati
Melainkan iman, Islam, amalan dan ketaqwaan dirimu yang hanya akan menjamin dirimu di akhirat sana




Dan kau perlu ingat..
Yang kau hanya CALON MAYAT!

Sedarlah bahawa, kecantikan bukanlah segala-galanya.
Ilmu dan amalan yang akan membuat dirimu, wahai wanita insyaallah akan mulia dan bahagia




Monday, September 8, 2014

JIKA ITU YANG TELAH TERTULIS



Apabila dua hati ditautkan dan telah ditakdirkan utk hidup bersama..

Maka..
Sejauh manapun mereka berada..
Sebanyak manapun rintangan dan badai yg melanda..
Sekuat apapun usaha mereka utk menghindarkannya,,
Dan, walaupun mereka tidak pernah bertemu dan tidak pernah membayangkan yg mereka akan bersatu..

Pasti, Allah akan tetapkan mereka utk bersatu hingga ke Jannatul Firdaus..



Seperti magnet yg menarik mereka..
walaupun tidak pernah utk meluahkan rasa mahupun berkata-kata..
akan ada hal yg datang yg akan membuatkan mereka utk bersatu dan akan ada sesuatu yg akan membuatkan hati mereka tertaut dan akhirnya bersatu..


Walaupun begitu..

Apabila ditetapakn mereka utk tidak berjodoh..

sebesar manapun usaha mereka utk saling mendekat,.
sekuat apapun perasaan yg ada diantara keduanya..

Pasti akan ada hal yg kahirnya membuatkan diri mereka utk saling menjauh..
dan saling merasakan tidak serasi dan menyedari bahawa mereka tidak ditakdirkan utk bersama dan akan ada sesuatu yg membuatkan diri mereka utk tidak bersatu dan akhirnya terlerai ikatan yg terbina..

Namun begitu..


Yakinlah dgn segala ketentuan yg telah diberikan oleh Allah..
Yakinlah dgn apa yg telah tertulis di lul mahfuz..

Kerana.. Apa yg terbaik kita, hanya Allah yg mengetahui apakah rahsia itu..

Dan.. Ingatlah..

Jika kita tidak bersama dgn orang yg kita sayang..

Itu bukanlah bermaksud yg kita tidak baik utk dirinya.. Tetapi.. Allah mahu kita utk dapat yg lebih baik lagi drpd dia.. 

Yakinlah pada janji Allah..

Allah telah meletakkan dirimu diantara dirinya..

Tulang rusuk dan pemiliknya takkan tertukar..

Bertemu jodoh dgn orang yg kamu cinta mungkin satu kebetulan.. Tapi mencintai siapa jodohmu adalah satu kewajipan


"Ya Allah.. Ku mohon apa yg telah Engkau Takdirkan..
Ku harapkan dia adalah yg terbaik buatku.. Kerana Engkau lebih tahu segala isi hatiku..
Aamiinn"




SUPPORTERS