Friday, December 20, 2013

PANDUAN MENDIDIK ANAK

PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Monday, December 16, 2013

MY BIG DAY IS 1ST O&G DAY

assalamualaikum.. apa habaq sume..

hehe.. okeh.. hari ni.. my special day.. sb ape??
haha.. tak yah la tau,.
and at the same time.. today is my 1st day on obstetric & gynecology junior posting..

mak ckp.. "Allah dh tentukan la tu.. supaya hati terbuka utk jd gynecologist"

haih.. semakin tua kita.. semakin byk dosa yg kita bina..
kadang-kadang salah dan silap yg kita tak sedar dan ternampak dgn mata halus..
malah terasa dihati dan perasaan orang lain..
nk dijadikan cerita.. kn posting ni kebanyakan pesakit adalah wanita..
dan biasa la kn.. hati wanita ni mudah tersentuh dan sensitif. lbih2 lagi para wanita yg bergelar "ibu yg mengandung"

kadang-kadang kn.. kita tak sedar.. sedikit kebaikan yg kita buat..
amat besar dan bermakna bg mereka,..
cth nye.. tgh sarat mengandung.. dan nk bangun drpd katil ke bilik air..
dgn tlg diorang berjalan walaupun tak smpai 2meter.. diorang dh tersenyum mesra dgn  kebaikan yg kita buat..

memang la bg kita.. kecik punye hal.. tp bg diorang.. sgt2 besa..
mcm kita tolong mak kita time mak kita pregnant..
mcm tu la feeling kita bila tolong diorang..

dan.. doakan sy supaya dpt sambut baby ek.. hehe...
insyaallah.. :)

BE ALERT & REMEMBER

Assalamualaikum semua.. dh tdo ke?
Sebelum tdo tu.. sy ada 4 wasiat sblum tdo kpd awk sume..

1. Khatam Al-Quran 
2. Pastikan sume yg bergelar saudara dan rakan telah memaafkan kita sblum tdo
3. Syafaat Rasulullah SAW telah berjaya kita dapatkan
4. Dah tunaikan haji.. 

Ha.. mcm sempat je nk buat semua dlm 1 mlm kn?

Caranya.. mudah tp adang-kadang kita selalu lupa nk buat

1. Baca surah Al-Ikhlas 3x
2. Istighfar.. mohon ampun pd Allah
3. Byk kan berselawat. Kalau dh malas sgt.. 3x pun ok dh.. sb Rasululah SAW mencintai umatnya yg berselawat dan berselawat sebaik sje mendengar nama Baginda
4. Banyakkan bertahlil, tahmid Alhamdulillah

Nampak kecik kan? tp sebenarnye sgt besa..
Insyaallah dgn usaha  kecil ni.. kita mampu meraih cinta Allah. Moga-moga dapat yg terbaik drpd-Nya..

Insyaallah.. 
Minta maaf andai terkasar bahasa dan menyinggung perasaan mana-mana pihak..
Hamba sbgai manusia.. tak lari drpd kesilapan dan insyaallah akan cuba memperbaiki setiap kelemahan yg ada

selamat malam sume :)
fi hifzillah

p/s: Orang yg takut, akan mati berkali-kali. TAPI orang yg berani hanya mati sekali. Insyaallah. Dgn niat kerana Allah SWT. Wallahualam

SUPPORTERS