Thursday, December 12, 2013

LUASNYA NERAKA

Betapa luasnya neraka Allah

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami dan semua orang Islam daripada azab seksa api neraka-Mu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMAT-MU YA ALLAH……AMIN…..


Luasnya Neraka Allah

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra.. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia berasa aman daripadanya.’

Lalu nabi s.a..w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’

Jawab Jibrail: ‘Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasrani bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.’

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yang Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

Tuesday, December 10, 2013

TULANG RUSUK YG HILANG

"Siapa yg awk cintai selepas Allah dan keluargamu" tnya si Jelita
"Sudah tentu la awk.." jawab si Kacak sambil senyum mesra kpd si Jelita

Dgn pertanyaan si Jelita itu.. faham la si Kacak bhwa.. si Jelita masih meragui dgn perasaan sayang drpd si Kacak..
Lalu.. si Kacak berkata lagi..

"Awk adalah tulang rusuk sy.. Ada tertulis.. bhwa Allah melihat Adam kesepian dan kesunyinan.. Lalu.. saat Adam tidur, Allah ambil rusuk drpd Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yg hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit, di hati"

Mereka kemudiannnya nikah dan menjalani hidup sbgai sepasang suami isteri..

Setelah sekian lama menikah dlm masa setahun.. masing-masing sibuk dgn kerjaya dan urusan kerja dan kepenatan hidup melanda. Hidup mereka menjadi semakin bosan dan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta antara satu sama lain..

Mereka mula bertengkar.. Kurang rasa percaya dan sayang antara satu sama lain..
Dan hubungan mereka semakin dingin dan menjadi semakin panas..

Pada suatu hari.. mereka bertengkar..

"Abg dh tak cintakan sy lagi.."
Si Kacak sgt menyampah dan benci dgn ayat si Jelita dan tidak suka akan sikap ketidakdewasaan si Jelita.
Lalu.. Si Kacak dgn marah dan lupa akan status dia sebagai suami, membalas..
"Sy menyesal menikah dgn awk. ternyata awk bukan tulang rusuk sy"

Si Jelita terpaku dan titis jernih mengalir dan membasahi pipinya..
Lalu.. dia pejamkan mata sekejap..
Dan apabila dia buka mata.. dia tatap muka suaminya dan dia beransur pergi..
Si Kacak pula menyesal dgn tindakan dan kata-katanya.. tetapi ternyata ego menguasai diri. dia enggan meminta maaf dan membiarkan si isteri berlalu pergi meninggalkannya..

"Jika sy bukan tulang rusuk abg.. Biarlah sy pergi drpd hidup abg dan abg berhak mencari tulang rusuk abg yg mampu membahagiakan hidup abg"

Si Jelita tatap muka suaminya buat kali terakhir dan mencium tangan perkasa suaminya yg disalam. Lalu, dia pergi jauh... Dan semakin jauh drpd pandangan Si Kacak..
Si Kacak hanya memerhati dan menyesal atas tindakannya itu..

Lima tahun berlalu.. Si Kacak tidak menikah lagi. Begitu juga dgn si Jelita..
Dan khabarnya.. Si Jelita didatangi rombongan merisik dan meminang drpd jejaka lain.. Tapi ternyata. Si Jelita tidak mampu membendung rasa sayang dan cintanya masih utk si Kacak yg pernah bertapak di hatinya..

Suatu malam yg sunyi, saat si Kacak sedang menghirup secawan teh tarik, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tak sanggup mengakui yg dia masih merindukan si Jelita.

Dan ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.
Mereka bertentang mata dan dada mereka seakan-akan timbul satu perasaan jernih dan halus yang mengisi ruang di hati mereka.

"Awk apa khabar.. Sihat?" tanya si Kacak
"Alhamdulillah.. ok je. Kadang-kadang sihat.. Kadang-kadang sakit.. biasala tu kan" jawab si Jelita..
Sunyi seketika. Masing-masing diam seribu bahasa.
"Awk dh jumpa tulang rusuk yg hiang?"
"Hurm... Belum"
"Sy akan ke Jepun esok.. Dan mungkin akan balik dalam masa 2 minggu" beritahu si Jelita
"Call sy kalau awk sempat. Awk tau kan nombor telefon rumah kita? Masih tak berubah.. Dan.. Takkan pernah berubah..." kata si Kacak
"Sayang... Abg minta maaf" kata hati si Kacak.. tapi sayangnya.. si Jelita tidak dengar akan kata hati si Kacak.

Si Jelita berlalu pergi sambil tersenyum.

Seminggu berlalu... Namun si Kacak tidak dengar sebarang berita drpd si Jelita. Jgn katakan call.. Email pun tiada diberi.
Dan petang itu.. si Kacak terima berita bahawa si Jelita terlibat dlm kemalangan dan meninggal sehari selepas kemalangan kerana pendarahan yg terlalu banyak.

Dan malam itu.. sekali lagi..si Kacak menghirup teh tarik dan kembali merasakan sakit di dadanya.
Akhirnya.. Dia sedar bahawasakit itu adalah kerana si Jelita. Tulang rusuknya sendiri. Yang telah dgn bodoh dan egonya yg dia sendiri patahkan..

p/s: Kita takkan pernah menghargai sehingga yg kita sayang itu telah hilang dipandangan. Kita melempiaskan 99% kemarahan kpd org yg paling kita sayang. Dan akibatnya seringkali sungguh menyakitkan.


Sunday, December 1, 2013

APABILA...


Apabila kamu teringat akan seseorang (bukan mahram) banyakkan istighfar..
Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari.. banyakkan selawat

Apabila kamu mahukan wajah yg berseri dan sejuk mata memandang.. banyakkan solat Dhuha..
Apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati, banyakkan solat Tahajjud..
Dan..

Apabila kamu mahukan malaikat mendampingi dan mengelak pandangan nafsu atau syaitan.. hendaklah kamu sentiasa dlm keadaan berwudhu..


"Bawalah bekal, kerana sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah taqwa. Dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yg mempunyai akal yg sihat"
[Surah Al-Baqarah: ayat 197]

SUPPORTERS