Saturday, April 7, 2012
Sunday, April 1, 2012
LELAKI... WANITA...
Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"!
Ingatlah, Allah jua yang Maha Mengetahui.
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita. Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-NYA kelak, dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!
Wanita jadilah seperti mawar yang berduri...
Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri.
Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’.
Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati!
Saturday, March 3, 2012
CINTA KITA
Pernah kita terbayang tak bagaimana cinta Allah kpd kita? Apa yg Allah buat jika cintakan kita?
''Jika Allah mencintai seseorang, Dia akan berkata, ‘Jibril, Aku mencintai Fulan, maka cintailah dia.’ Jibril kemudian berseru kepada seluruh penghuni langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.''
[Hadis Riwayat Ahmad]
Subhanallah...
Membaca hadith di atas, tidakkah bibir kita tergerak untuk terus mengucapkan takbir atau tasbih?
Bila Allah mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai Allah itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.
Cinta Allah itu ada dimana-mana. Baik dalam kenikmatan atau dugaan dalam hidup.
''Allah turun ke langit dunia setiap malam, tepatnya pada sepertiga akhir malam. Dia lalu berkata, ‘Akulah Tuhan. Siapa yang berdoa kepada-Ku, akan Ku kabulkan. Siapa yang meminta pada Ku, akan Aku penuhi. Siapa yang memohon ampunanKu, Aku ampuni.’ Begitulah seterusnya hingga fajar menyingsing.''
[Hadis Riwayat Muslim & Ahmad]
Bagaimana hendak bertemu dengan Allah pada setiap malam? Dengan solat-solat sunat dan ibadah-ibadah lain. Untuk bermunajat pada waktu sepertiga malam bukan mudah bagi semua orang, dan Allah sememangnya tahu akan itu. Dan mungkin disebabkan itu, ganjaran yang besar menanti hamba-Nya yang setia bermunajat dikala orang lain nyenyak dibuai mimpi. Buktinya, fahamkan hadith di atas..
Cinta dan kasih sayang manusia hanya setitis jika dibandingkan dgn selautan cinta dan kasih Allah. Sekiranya kita kehilangan yg setitis tu, ia tak pernah menjejaskan kehidupan kita selagi yg selautan tu masih kita milikinya
Taat kerana cinta pada Allah.. Takut kerana azab Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)