Sunday, October 9, 2011

CINTA: MENCARI ATAU MENJADI???

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI. betul kan? (^_^)

Wednesday, October 5, 2011

5 CIRI MUSLIM MEMARTABATKAN KEMBALI IMEJ UMAT YG TERBAIK


Generasi yg terbaik adalah umat islam itu sendiri. Dan, ianya tidak mustahil jika kita sebagai umat islam, kita sendiri yg memartabatkan kembali maruah dan imej umat islam pada hari ini.

Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan menegaskan bahawa, ada LIMA kriteria yg perlu ada dan melayakkan kita sebagai umat islam itu sendiri untuk menjadi cemerlang, terbilang dan gemilang di masa depan dan akhirat. Insyaallah

1) Mu’ahadah bermaksud ungkapan kita terhadap ALLAH SWT semasa perjanjian yg kita buat dgn-NYA sewaktu alam arwah (sblum dilahirkan)

Perjanjian ini kita berjanji bahawa ALLAH ialah PENTADBIR dan PENCIPTA sekelian alam.

Di dalam firman ALLAH SWT:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang manusia, dan DIA jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil DIA bertanya dgn firman-NYA): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar, (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian itu supaya tidak berkata pada hari kiamat: Sesungguhnya kami lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”

[Surah Al-A’raf: ayat 172]

Perjanjian ini juga mendedahkan hakikat sebenar asal-usul kita hanya hamba ALLAH yg diciptakan utk mengabdikan diri kpd-NYA dgn melakukan perintah-NYA dan meninggalkan larangan-NYA. So, sedarlah wahai kawan-kawan. Walau tinggi mana pangkat or taraf pendidikan kita, kalau kita derhaka kpd-NYA, nerakalah tempatnya.

2) Muraqabah pula bermaksud kita merasai kehadiran-NYA da sentiasa merasakn bahawa kita ni ada dlm pengawasan-NYA. Macam CCTV la.

Bila kita rasa cam ni, kita akan sentiasa fikir banyak kali kalau nak buat sesuatu. Contoh macam, nak ponteng kelas, sebab nak pegi dating or ponteng keje sebab nak bercuti dengan awek dan macam-macam lagi.

Bila kita ada perasaan muraqabah ni, kita akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam melakukan apa jua perkara yg terlintas di hati mahupun di akal fikiran kita sendiri.

At the same time, kita akan sentiasa terjaga amalan-amalan kita dan ianya jadi perisai kpd diri kita (macam Firewall dlm PC @ laptop). Then, kita pun sentiasa ready and semangat and ikhlas utk mencapai keredhaan ALLAH.

3) Muhasabah bermaksud kita menilai dan reflect balik amalan, perbuatan dan perjalanan hidup kita sama ada secara langsung or tak.

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap insan itu pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yg melakukan kesilapan itu ialah mereka yg sentiasa bertaubat”

[Hadis Riwayat Tirmizi & Ibnu Majah]

Then, ianya jelas bahawa jika kita sentiasa bermuhasabah diri, kita akan sentiasa mengambil pengajaran dan seterusnya bertaubat dan memohon keampunan drpd ALLAH supaya kita tak terjebak ke dlm lubang-lubang dosa dan maksiat. Apa lagi yg kita tunggu? Ajal maut semua ketentuan ALLAH. Jgn pulak bila dh nk mati, baru nk menyesal dan bertaubat. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian, takde guna lagi. Ingat tu.

4) Next, Mu’aqabah. Ia bermaksud beri hukuman dan denda kpd diri kita bila kita buat doasa or silap secara langsung atau tidak langsung. Berilah hukuman yg setimpal tp jgn sampai memudaratkan diri sendiri

Contohnya, kalau kita ter’mengumpat’ kan. Kita nk hukum diri kita tak boleh makan dan minum sampai seminggu. Ha. Jgn la sampai cm tu. Tu dah kira memudaratkn diri.

Denda ni bukan tujuan nk menyeksa diri kita tapi, ia lebih kpd mcm utk menginsafkan diri kita. Supaya kita tak lakukan kesalahan yg sama pada waktu yg akan datang. Insyaallah.

5) Mujahadah pula berusaha bersungguh utk menegakkan kalimah ALLAH.

Kita dituntut utk berjihad tapi tak bermaksud kita kena turun berperang dgn bom atom ke, meriam besi ke. Dlm konteks ni, maksudnye, kita kena berjihad dan berjuang utk memerangi nafsu, berjihad menepis semua cemuhan dan ancaman musuh Islam, membasmi kemiskinan, meningkatkan ekonomi Islam, menegakkan keadilan Islam, berdakwah dlm menyebarkan Islam dan sebagainya.

Insyaallah, dengan ciri-ciri dan kriteria-kriteria ni, kita (umat Islam) bukan sahaja Berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat sana. Insyaallah. Semoga kita akan mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam penentu hala tuju hidup kita.

Wallahualam.

Monday, September 5, 2011

NO COUPLE



Assalamualaikum. Alhamdulillah.. kita masih diberi umur yg panjang.. diberi kesihatan yg baik dari Allah SWT. tapi pernah tak kita bersyukur dgn ape yg diberi-NYA?

Selama kita hidup nih, penah tak kita ikut arahan-NYA dan tinggalkan larangan-NYA? Cuba korang tengok and reflect balik pada diri korang, apa yg penah korang penah buat utk-NYA?

Cuba hayati komik diatas... ada tak korang penah terfikir nk couple??? Penah tak korang cakap:

"Ala.. couple je pun.. bukan buat benda tak elok... kitorang bukannye buat maksiat"

"kitorang couple suka-suka je.."

"Couple je. bukan zina"

Yes! that's the point. memang la korang cakap, couple tu bukan zina.. tapi, dari couple tu la, terjadinya zina.. zina hati... zina mata... dan yg sama waktu dengannya.

"...dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yg keji dan satu jalan yg buruk..."

[Surah Al-Israa': ayat 32]

Allah juga telah mengatakan jgn mendekati zina.. kenapa DIA tak cakap, jgn buat zina??? sb nye, DIA tau, setiap manusia itu ada hawa nafsu dan bukan seperti malaikat yg 100% akan ikut peraturan-NYA dan tidak bernafsu.

Second point is, DIA tau manusia nih ada feeling and ada sre nk berkasih-kasihan TETAPI itu tak boleh dijadikan alasan utk couple.. memang la mula-mula tu cakap, couple je, tak buat ape-ape tapi, bila dh keluar berdua???

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali wanita itu disertai muhrimnya.”

Hadis Riwayat Imam Ahmad

Okeh. ada yg lagi canggih.. dia kata couple kt fon / Facebook / pape je la yg teknologi canggih-canggih ni, bukan nye jumpa pun.. haa.. dh nama pun COUPLE.. takkan la tak faham-faham lagi kot..

Bila korang buat macam nih, dengan menggunakan alat-alat komunikasi moden cam handphone, email maupun Facebook, korang akan menimbulkan khalwat di antara korang berdua and mestila korang dapat FITNAH secara PERCUMA. haa.. best tak?

Even korang tak jumpa, mesti terasa dalam hati korang, korang nk jumpa dia.. nk tau dia cam mana.. btul tak? Tapi korang jgn la pulak kata korang buat cam ni sb nak ta’aruf.. korang tau ke tak ta’aruf tuh ape?

Check dis:

Taaruf bermakna saling mengenal antara someone dgn yg lain. proses ni pun boleh terjadi untuk yg nak saling mengenal antara lelaki dan wanita yg berhajat utk menikah. Then, bila diorang rase dh sesuai, baru la terus kpd pertunangan dan seterusnya.

Taaruf bukanlah pernikahan yang menghalalkan lelaki dan wanita tu berdua-duaan seperti pasangan suami isteri. Di dalam proses taaruf ini tidak diperbolehkan adanya khalwat di antara mereka SEBAB perbuatan ini melanggar syarak dan setan pun akan dapat GREEN LIGHT utk menghasut korang.

Sabda Rasulullah SAW:

"Tidaklah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah setan."

Riwayat Imam Tirmidzi

So, nasihat saya kepada korang dan kepada diri saya ni kan, kalau korang dh rasa dia tu sesuai utk korang and korang buat istikharah, tak yah la nak couple-couple nih. Nikah terus je.. kan lagi elok..

“Jauhilah dosa di setiap anggota kerana dosa itu merosakkan pahala”

Lagipun, couple nih boleh mendatang banyak dosa. Tipula kalau korang kata couple tuh dapat pahala. Cer cite cer cte.. Lagipun, cinta dan kasih sayang sesame manusia nih, juz macam setitis kalau korang nk bandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah.. Dan kalau korang kehilangan yg setitis tuh, tak menjejaskan kehidupan koranv pun selagi yg selautan tu korang masih ada. Faham mkna tersirat?

Juz remember and take this as ur reminder:

“Sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk perempuan yg baik (pula); mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampuan dan rezeki yg mulia (Syurga)”

Surah An-Nur: ayat 26

Cinta tu suci.. Jgn lah kita kotorkan ia dgn keMAKSIATan.. tapi.. kita kena raikan dlm redha-NYA yakni penghormatan dari pernikahan.

Diri ni, masih dlm proses memperbaiki diri.. harap diampunkan kesalahan saya jika saya ada menyinggung perasaan mana-mana pihak. Wassalam

SUPPORTERS