Buat dirimu yang bakal bertakhta di hatiku.. Izinkan diriku membuat lebaran rindu dan salam kasih untuk dirimu..
Wahai kamu yang melengkapkan hidupku,
Kalaulah aku yang ditakdirkan untuk kamu, dalam menjadi lilin yang
membakar diri, menerangi hari-harimu bersama aku, meniti hari-hari penuh
bahagia untuk bersama mu, mampu aku bersabar dan tabah menunggu walau
berapa lama sekalipun. Aku tak pernah bosan, malah jauh sekali merasa
pilu, melihat rakan yang lain melangkah dahulu. Kerana aku tahu, sampai
masa.. tiba jua saat kita nanti.
Insyaallah.. satu hari nanti
Wahai kamu yang menjadi peneman tidurku,
Sungguh
pun dirimu tidak ku ketahui dimana, akan aku terima diri mu dengan
segala kekurangan yang ada pada diriku ini, sebagai pelengkap kelebihan
yang ada pada mu, kerana aku tahu segala yang ada padamu, terlalu agung
kurniaan dari-Nya buat aku sebagai hamba, sebagai isteri dan ibu
kepada bakal anak-anak kita. Jadikan tidur malam kita bagai seribu tahun
yang indah, yang akan kita nikmati setiap saat yang berlalu hadiah
dari pengharapan kita selama ini yang kita nanti-nanti.
Wahai bakal kekasih dunia akhiratku,
Iringkan
doa mu buat aku di sini yang menanti dirimu untuk melamarku. Andai
telah tertulis jodoh kita di lul mahfuz, pasti akan bertemu juga kita.
Dan akan ku jadikan diriku ini sebagai zaujah mu ubukan sahaja di dunia
malah juga di akhirat nanti.
Dan diriku ketahui..
Apabila sampai masa dan tikanya nanti, akan terpimpin juga tangan kita
berdua dalam meniti hidup di masa akan datang. Dan titipkan lah doa
senyum mu dalam mimpi-mimpi ku supaya menjadi kekuatan untuk aku lebih
gagah lagi dalam mengharungi hari yang berbaki lagi.
Salam rindu dari hatiku untuk dirimu..
Semoga kita akan bertemu di dalam setiap bisikan doa