Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya
dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di
sebuah restoran.
Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi
di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita
tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa
pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan
setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula
membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas
meja itu.
Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati
apabila lelaki sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya
berkata ,
"Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun".
Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu
mengambil dan memakannya.
Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut
bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum
lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang
negatif kepadanya.
Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir
diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya.
Dalam
hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang
sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita
itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan
dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala
sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!
Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita
tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka
beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut
yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi
adalah biskut lelaki tadi!
Ya, apa bezanya wanita itu dan lelaki
tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi
tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan
sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan
sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya
penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang
lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.