Assalamualaikum semua..
sihat tak semua? bersawang dah tempat ni.. lama btul sy tak update di sini..
Urusan duniawi terlampau mengisi ruang-ruang yg ada.. sehinggakan diri ni terfikir..
"Apa yg aku dh sumbangkan utk agamaku???"
Se'busy' mana pun kita.. jgn sekali-kali lupa menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba di bumi Allah.. sb nye. nanti.. jika kita lupakan-Nya sewaktu kita sedang gembira.. jgn salahkn kpd-Nya utk setiap air mata...
Faham kan..
okeh.. hurm.. anyone.. mest pnah makan tembikai kan..? ada yg tak penah makan tembikai??? Ada?? Rasa nye.. korang kna pegi supermarket or mana-mana pasar tani.. beli tembikai.. makan la.. sedap.. tapi jgn over.. nanti kna sore throat.. Di sini... sy nk share 1 kisah.. mengenai TEMBIKAI..
Pada suatu hari,
seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli
sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada
isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai
itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
“Kepada siapakah engkau tujukan
marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai
itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu
mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga
sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah
tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa
yang telah ditentukan oleh Allah SWT
So.. drpd cerita ni.. apa yg korang dpt simpulkan selain drpd buah tembikai sedap??
Pengajaran yg boleh dpt drpd kisah ni.. bersangka baik la kpd-Nya..walaupun dlm apa jua keadaan sekalipun.. dlm diam.. jika kita memarahi barang yg tak elok.. bererti kita marah kpd-Nya.. Nauzubillah.. terimalah dgn hati yg terbuka.. jika pernah ada kita memarahi sesuatu kerana kita tak puas hati.. reflect semula kpd diri kita.. kenapa kita tak suka.. kenapa kita marah..
Last but not least.. janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati...
Wallahualam.. sehingga ketemu lagi di lain lembaran...
Thursday, June 21, 2012
Thursday, June 7, 2012
JANGAN TEBANG POKOK TU
Ada sebuah pokok. Bila orang lalu-lalang disana perlu meminta izin dahulu. Maka iblis pun mengambil kesempatan dengan perbuatan orang- orang tersebut. Jadilah adat, bila sesiapa hendak lalu dipokok tu kena minta izin dulu atau bagi salam, sehingga sekumpulan manusia menyembah pokok tersebut.Seorang yang sentiasa beribadat (‘Abid) yang miskin, yang fahaman tauhidnya tinggi telah berniat dan berazam untuk menebang pokok tersebut sebab perbuatan tersebut telah menjadi syirik yang jelas.Masa dia hendak pergi menebang pokok tersebut ialah telah dihalang oleh iblis tadi yang menyamar sebagai orang tua.Iblis bertanya : “Apakah pentingnya sehingga tuan meninggalkan ibadat tuan untuk menebang pokok ini?”.Jawab si ‘Abid : “Ia sebahgian daripada ibadatku”.
Iblis tidak membenarkan dia menebang pokok itu. Maka berlakulah pergelutan. Si ‘Abid tadi dengan mudah menewaskan iblis dan duduk diatas dada iblis. Iblis merayu minta dilepaskan berserta tipudaya. Berlaku pergelutan lagi, masih ‘Abid dapat menewaskan Iblis.
Tipu daya iblis berterusan. Iblis menawarkan dia duit dua dinar setiap malam diletakkan dikepalanya. “Duit itu boleh digunakan untuk belanja diri, keluarga, atau bersedekah, tidak menyakiti penyembah-penyembah pokok dan tak ada faedah keuntungan kepada orang-orang Islam jika pokok itu ditebang,” kata Iblis pada ‘Abid.Iblis tersebut takut jika pokok itu ditebang. Pujuk rayu dan tipudaya Iblis yang bijak telah berjaya membisikkan dan memesongkan dia bahawa setiap kali dia akan dapat duit dua dinar dibawah kepalanya.‘Abid percaya kata-kata orang tua itu dan membatalkan niat asalnya dan pulang kerumah setelah membuat perjanjian dengan orang tua iblis itu tadi. Esoknya dia dapati betul ada duit dikepalanya begitu juga pada hari kedua berikutnya. Tapi pada hari ketiga duit tidak ada!.‘Abid marah, bingkas berang dan terus pergi menebang pokok itu. Dia bergelut lagi dengan iblis tersebut tapi kalah. Iblis tadi tidak takut langsung dan tidak halang perbuatan Abid tersebut. Iblis pun berkata:” Kali pertama aku kalah sebab engkau marah kerana Allah. Tapi kali ni aku tidak takut dan menang sebab kau marah pasal duit dua dinar”.
Cerita masyur sejak zaman dahulu ini selalu di sampaikan oleh alim ulama. Ia diolah dari kitab Min Sifat al-Sabbagh oleh Ustaz Muhammad al-Sabbagh, halaman 45, yang juga dipetiknya daripada “Ihya”.
Iktibar yang kita perolehi dari latihan bersama ini adalah :-
1 Jangan sesekali berlaku syirik.
2 Syirik boleh berlaku walaupun kepada abid.
3 Betulkan niat, tujuan mesti ikhlas kerana Allah taala suci dari ‘kongsi’ atau menduakan Allah.
4 Ikhlas adalah syarat kepada kemenangan.
5 Perjuangan kita berasaskan tauhid serta menentang ilmu tahyul dan khurafat.
6 Kekuatan tauhid boleh mengatasi iblis dan syaitan.
7 Tipu daya syaitan memang hebat tapi akan kalah jika ada ikhlas.
8 Iblis, mahluk yang bijak dari manusia sentiasa berusaha sesatkan manusia dan musuh yang nyata.
9 Musyrikun akan akhirnya tewas.
10 Jangan bergantung rezeki pada cara yang bukan Hak.
11 Jangan korbankan keikhlasan dgn benda2 lain, duit sebagai contoh.
12 Selalu perbetulkan niat kita dalam pergerakkan dan jangan buat pasal orang.
Pesan Al Marhum Ustaz Hanafi dalam ceramah setelah kembali dari menunaikan fardhu haji pada 1984, beliau berkata :
“Sikit amalan pun tak apa tapi jangan syirik”.
Apa saja amalan yang dibuat tak kira sikit atau banyak tak patutlah ada syirik didalamnya. Maka disinilah asas wadah kepada perjuangan kita seperti menetang ilmu tahyul dan khurafat dan memartabatkan bangsa Melayu. Orang Melayu sedang diasak dengan berbagai asakan dari semua arah. Orang muda Melayu kini makin terhakis tauhid dan budayanya. Perkara ini berlaku kerana lemahnya benteng kebudayaan Melayu itu sendiri berasakan tauhid.Kita mungkin tidak berkemampuan untuk menghadapi cabaran ini. Tapi kita mesti terus berusaha mempertahankan perjuangan ini. Selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Dan segala pujian adalah tertentu untuk Allah S.W.T.
Friday, June 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)