Seringkali kita berkata, kita sayang ALLAH… Cintakan Islam… Tetapi.. adakah kita mengahayatinya seperti mana kita melafazkannya??? Rasa sayang dan cinta kita kepada ALLAH, ibarat pohon-pohon yang sihat tumbuh menghijau di bumi ciptaan-NYA ini… dan setiap bahagian pada pohon-pohon ini ada mengandungi maksud-maksudnya tersendiri…
AKAR : ketundukan kepada ALLAH
BADAN: pengenalan mendalam terhadap ALLAH
DAUN: rasa MALU kepada ALLAH
RANTING: rasa TAKUT kepada ALLAH
BUAH: keTAATan kepada ALLAH
UNSUR LAIN (matahari, air, tanah) : INGATAN kepada ALLAH
Jika hilang salah satu dari kompeni ini, maka CACATLAH CINTA kepada ALLAH
-Ibnu Qayyum-
Islam bukan sekadar HOBI… Juga bukan untuk SERONOK-SERONOK sahaja… Islam itu ialah kamu YAKIN sungguh-sungguh dengannya dan kamu KOMITMEN dengan PENGORBANAN… Usalah kamu merasa cukup dengan mengatakan “SAYA SAYANGKAN ISLAM” atau “I LUV ISLAM”
Semoga kita terdiri daripada golongan-golongan yang berilmu, beramal, beriman dan bertaqwa di dunia mahupun di akhirat… Wallahu’alam…